Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 November 2011

Bintang Prison Break, Dominic Purcell Teruja Berlakon Dibawah Arahan Yusry...!!

Kongsi Di Pesbuk

Sejurus tamat sidang akhbar mengenai filem Vikingdom di Hotel Marriott Putrajaya, Khamis lepas, Dominic Purcell sempat memberikan komentarinya mengenai filem berkenaan kepada wartawan OHBULAN! Untuk pengetahuan anda, filem Vikingdom merupakan filem pertama bertaraf Hollywood arahan anak tempatan iaitu Yusry melalui syarikat penerbitan KRU Studios.

“Saya tertarik dengan Vikingdom kerana plot ceritanya. Ia juga mencabar kewibawaan saya sebagai pelakon daripada pelbagai sudut. Jangan bandingkan filem Vikingdom ini dengan Brave Heart atau Gladiator kerana ia berlainan genre. Filem ini saya rasa lebih dekat kepada Highlander dan Conan dimana ia menampilkan unsur-unsur mitos dan prinsip sebagai hero.

Dominic Purcell turut menceritakan keunikan filem ini daripada segi produksi dan teknik pengambaran yang digunakan oleh krew produksi tempatan.

“Kebiasaannya filem sebegini menggunakan teknik kaler yang gelap atau kelabu. Tapi, kami berani menggunakan tekstur kaler yang terang demi ‘mengoda’ minat penonton. Selain itu, babak ganas, cinta dan humor disusun agar ia tidak kelihatan meleret-leret.”

Bintang drama bersiri Prison Break, Dominic Purcell turut menyatakan komitmen dan keterujaannya untuk berlakon dibawah arahan Yusry KRU.

“Saya amat teruja untuk berlakon dibawah arahan Yusry kerana dia merupakan pengarah muda yang berpotensi besar. Apatah lagi, dia turut dibantu oleh krew produksi yang menitikberatkan nilai profesional serta teknik sinematografi yang mengagumkan. Saya percaya, Vikingdom merupakan filem istimewa yang akan menarik perhatian segenap penonton daripada seluruh dunia. Lagipun, siapa yang tak suka filem bertemakan Viking, kan?”

Sumber : ohbulan

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com