Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 November 2011

Mengadu diganggu hantu...!!!

Kongsi Di Pesbuk
bunuh diri
GEORGETOWN-Akibat tidak tahan dengan gangguan misteri yang dialaminya sejak beberapa bulan lalu, seorang lelaki bertindak nekad terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Air Itam di sini, pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi menyebabkan Khoo Kim Bee, 38, mati serta merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Menurut isterinya, Xue Lin, 36, dia dan suaminya yang baru setahun berumahtangga, berpindah dari rumah mereka di Batu Lanchang ke rumah ibu mertuanya di Air Itam tiga hari lalu akibat tidak tahan dengan gangguan hantu.

Sebelum kejadian, suaminya sedang tidur di sebelahnya di salah sebuah bilik di rumah ibunya itu namun mangsa secara tiba-tiba terjaga dari tidur dan berjalan ke arah tingkap sebelum membuka jeriji dan terjun.

“Saya ingatkan gangguan yang dialaminya itu akan semakin pulih selepas berpindah ke rumah ibunya, namun dia dilihat semakin gelisah sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, dia beberapa kali cuba melakukan perbuatan sama namun saya dapat menghalang namun kali ini dia mengambil kesempatan untuk terjun ketika saya sedang tidur dan ibunya keluar membeli sarapan,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak menghadapi sebarang masalah kewangan atau masalah dengan ahli keluarga.

Pemeriksaan terhadap mangsa juga mendapati tiada kesan jenayah disyaki berlaku ke atas si mati.

Sehubungan itu, Kong Meng berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani bedah siasat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com