Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 9 November 2011

Mesin ATM kena curi...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Mesin ATM kena curi
KUALA LUMPUR - Enam pencuri melarikan satu mesin pengeluaran tunai (ATM) dari sebuah bank di Taman Midah, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kerugian yang dialami oleh bank berkenaan dianggarkan sebanyak RM316,000 di mana wang itu lesap setelah mesin itu ditemui di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Pinggiran Ulu Kelang.

“Kejadian disedari jam 3.30 pagi oleh dua anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan. Siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 3 pagi itu berlaku kira-kira lima hingga 10 minit di mana pencuri memecahkan pintu kaca bank berkenaan dan melarikan sebuah mesin ATM,” katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan dan bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian tiada pengawal keselamatan yang bertugas, kesemua suspek itu dipercayai berusia dalam lingkungan 30 tahun. Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi mana-mana balai polis atau Balai Polis Cheras menerusi talian 03-92840083.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com