Ubat penahan sakit sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita semua, walaupun sakit sedikit sahaja. Mungkin badan kita terlalu dimanjakan dengan ubat penahan sakit ini menyebabkan kebanyakan kita tidak tahan sakit, tidak seperti nenek moyang kita dulu.
Artikel di bawah ini memaparkan 5 ubat penahan sakit yang paling bahaya di pasaran sekarang. Yang paling bahaya ialah pertama, Perencat Cox-2 (atau celebrex) yang meninggikan risiko mendapat serangan sakit jantung; kedua ialah NSaids yang selalunya diambil untuk menahan sakit kronik seperti arthritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Nsaid ini akan menyebabkan ulser dan pendarahan gastrointestin.
Opiate pula ubat penahan sakit yang diberi kepada orang yang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan yang selalunya diberi secara berlebihan. Acetaminophen pula boleh menyebabkan hati (hepa) gagal berfungsi.
Oleh itu, cuba kurangkan pengambilan ubat penahan sakit berbahaya ini dan ia boleh digantikan dengan ubat alternatif semulajadi yang semakin banyak dalam pasaran.
0 ulasan: