Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Gerudi dinding rompak emas...!!!

Kongsi Di Pesbuk

SEBUAH kedai emas yang dirompak selepas dinding digerudi di Jalan Pos Baru, Klang semalam.


KLANG - Sekumpulan perompak menggerudi dua buah kedai sebelum berjaya melarikan sejumlah barangan kemas yang disimpan dalam sebuah peti kebal di sebuah kedai emas di Jalan Pos Baru di sini semalam.
Kejadian itu disedari pada pukul 10 pagi ketika tauke kedai emas yang mahu memulakan perniagaan mendapati pintu bilik yang menempatkan dua buah peti kebal berisi barangan kemas terkunci dari dalam.
Setelah pintu bilik tersebut dipecahkan, tauke kedai emas itu terkejut mendapati satu daripada dua buah peti kebal yang diperbuat daripada simen konkrit berlubang.
Di dalam bilik itu, ditemui dua batang kuku besi, dua unit lampu suluh dan seunit bateri kereta. Kesemua barang itu dipercayai digunakan oleh kumpulan perompak untuk merompak barangan kemas di kedai tersebut.
Bagaimanapun, nilai kerugian belum dapat dianggarkan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Supritendan Beh Eng Lai berkata, siasatan awal percaya rompakan tersebut dilakukan lebih daripada dua penjenayah pada waktu tengah malam selepas semua kedai-kedai berdekatan ditutup.
Menurut beliau, sebelum masuk ke kedai emas itu, suspek terlebih dahulu memecahkan pintu belakang sebuah kedai kosong.
Penjenayah itu kemudian menebuk dinding di kedai itu sebelum suspek masuk ke dalam sebuah kedai telekomunikasi yang terletak bersebelahan kedai emas.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com