Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 10 Disember 2011

Lelaki bakar diri di Indonesia....!!!!

Kongsi Di Pesbuk bakar


JAKARTA - Seorang lelaki tidak dikenali berumur 40 tahun dipercayai menyiram tubuhnya dengan minyak sebelum bertindak membakar dirinya di hadapan Istana Presiden di Jakarta, kelmarin.

Polis Metro Gambir melaporkan pihak Hospital Cipto Mangunkusumo memak-lumkan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan telah koma akibat kesan melecur serius yang dialaminya.

Pihak berkuasa menemui sekeping kertas di dalam poket lelaki itu yang akan dijadikan bukti utama untuk siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Seorang aktivis , Ilhamsyah berkata, motif sebenar mangsa membakar dirinya mungkin kerana terlalu kecewa de-ngan pentadbiran kerajaan.
Sementara itu, jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan presiden turut berasa kesal de-ngan kejadian menggemparkan tersebut dan telah menggesa pihak hospital untuk berusaha menyelamatkan lelaki itu.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com