Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

[video] Lagi Lawak Perompak Yang FAIL

Jom layan video lawak ni...lawak giler la..
Nasib baik batu kalau pistol memang dah kojol perompak tu...

[video] Perompak yang FAIL..!!

Kelakar betul la perompak2 ni, dh plan baek punye member dorang yang last sekali tu yang rosakkan...hampeh...jom layan

[video] Perompak Paling Sopan

Selalunye kalau perompak menyamun pasti berlaku pukul memukul, tembak menembak dan sebagainya. Tapi kes ni lain pulak jadiknya, perompak ni sangat sopan dan baik hati..jom layan video ni..
Kalau sumer perompak cam ni kan baik...tak de la ada yang mati.....

[video] Lawak rempit nangis kene tangkap jpj

Kelakar giler...memalukan mat2 motor sedunia je..
saya mintak maaf bang..!!!

[video] lucu...sudah jatuh di timpa tangga lagi...

dah la kain tersangkut kat kete jatuh lagi..anak die cume gelak..

Selasa, 30 Ogos 2011

Mati berkaran hujung Ramadan

DI SINI...seorang penduduk menunjukkan tiang elektrik tempat Mohd Tarmizi terkena renjatan, semalam.                                                                                                                                                                            

MARAN: “Saya sudah beritahu dia supaya jangan kait lagi kerana kelapa yang saya kait untuk buat lemang sudah cukup, tapi dia masih nak kait juga,” kata Kamarulzaman Mohamad, 55, bapa Mohd Tarmizi yang maut terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumah datuknya di Kampung Jara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Tarmizi, 22, yang bekerja sebagai pemandu lori dihantar keluarganya ke Klinik Kesihatan Maran berikutan ambulans lambat tiba, namun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan.
Kamarulzaman berkata, dia sudah mengait kelapa untuk dua gantang beras pulut yang mahu dibuat lemang, namun Mohd Tarmizi, anak bongsu daripada tiga beradik, mendakwa ia tidak mencukupi dan mahu membuat lemang tiga gantang beras bagi menjamu rakannya.

“Arwah juga mahu kait kelapa lebih muda kerana kelapa yang saya kait sudah tua. Dia menggunakan galah besi dan ketika mengait pada pokok berhampiran tiang elektrik, galahnya jatuh dan terkena kabel elektrik.


“Akibatnya, pengait yang tajam seperti sabit itu terpotong kabel menyebabkan arwah terkena renjatan elektrik. Selepas arwah rebah, dia sempat menjerit menyuruh saya lari,” katanya.

Isnin, 29 Ogos 2011

Pembinaan tandas yang FAIL


Silap Terjemah

Memiliki kebolehan menterjemah sesuatu bahasa memerlukan bukan saya penghafalan ayat dan kata namun juga pemahaman akan isi kandungan yang ingin disampaikan.

Jika dengan cuma menghafal kebanyakan akan silap menterjemah secara lansung tanpa mengikuti lujnah bahasa tersebut.

Remaja wanita terkecil dunia

Jyoti Amge, berusia 15 tahun hanya berketinggian 59.69 cm dan mempunyai berat badan hanya 5.25 kg adalah remaja perempuan yang terkecil di India mengikut Indian Book Of Records. Jyote Amge yang berasal dari Nagpur, di tengah India mempunyai sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘achondroplasia‘.
Mengikut kenyataan dari ibunya Sanjana, semasa kelahiran Jyoti, tiada apa-apa keanehan yang ditunjukkan Jyoti. Tetapi semuanya berubah apabila Jyoti berusia 5 tahun. Setelah meningkat remaja, Jyoti yang kekal dengan ketinggiannya sejak kecil berasa selesa dengan hidupnya sekarang.
Jyoti mempunyai kerusi dan mejanya sendiri.
yoti bersama-sama rakan-rakannya di sekolah.
Jyoti bersama dengan keluarganya.

Lelaki Terbusuk Di Dunia

Bagi kita tidak mandi selama beberapa hari pasti sudah menimbulkan gatal-gatal dan tentunya bau badan yang tidak sedap, sehingga kita sendiri merasa tidak selesa.
Namun tidak bagi Kailash Singh, lelaki berumur 65 tahun , seorang petani ini tidak pernah mandi selama 37 tahun. Oleh kerana kebiasaan ‘buruk’nya ini, Kailash dinobatkan sebagai ‘lelaki terbusuk’ di dunia.
Bukan hanya dia tidak pernah mandi, Kailash juga tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 1974. Kini, rambutnya telah sepanjang 6 kaki atau lebih kurang 1.8 meter.
Perkara tersebut dilakukan Kailash kerana mengikut kepercayaannya dari seorang bahawa iaitu seorang ketua agama yang memberi jaminan akan memiliki anak lelaki jika mengikuti ajarannya. Singh kini memiliki tujuh orang anak perempuan.
Setiap hari, Singh yang sebagai petani tersebut menghabiskan masa menggembala lembu dibawah terik panas matahari yang suhunya mencapai 47 celsius. Namun dia tidak pernah membersihkan tubuh. Malah, Sign melakukan aktiviti mandi api setiap malam, berdoa kepada Dewa Siwa dan menari-nari mengelilingi api unggun. Ritual ‘mandi api’ dipercayainya mampu membersihkan dirinya.
Keluarganya mengaku amat tersiksa akibat perangai Singh yang tidak mandi. Namun mereka kini tidak lagi mencuba memujuk dan memaksanya mandi ke sungai.
Isterinya, Kalavati Devi, 60, berkata berusaha sekuat tenaga mencuba suami mandi namun usaha tersebut malah berakhir dengan pergaduhan. Isterinya juga mengancam menolak tidur sekatil jika Singh tidak mandi, namun Singh tetap berkeras tidak mahu mandi dan setia mengikuti keyakinannya.

Ada apa dalam perut?

Seorang wanita tua yang berusia 52 tahun tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan dan mengadu sakit perut. Setelah para doktor cuba merawat wanita terbabit, doktor merasakan ada sesuatu benda yang keras di perut wanita itu dan mengeshorkan wanita itu membuat imbasan sinar-x.
Setelah filem dicuci, para doktor tersebut tercengang dan terkejut kerana mendapati ada ‘benda asing’ di dalam perut wanita tersebut dan setelah diperhatikan ianya adalah garfu! Bukan satu atau dua garfu didalam perut wanita itu, tetapi 72! Bagaimana garfu-garfu itu berada di dalam perut wanita tersebut membuatkan doktor kebingungan..
72 garfu selamat dikeluarkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com