
Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.