Laman YouTube yang menunjukkan video Get It Started oleh Pitbull dan Shakira ini ditonton lebih 7 juta orang. Komen dari pengguna banyak menyatakan persamaan kes pesawat MH370 yang hilang dengan lagu tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 13 Mac, 2014.
Lagu “Get it Started” oleh Pitbull dan Shakira kini menjadi perhatian di kalangan penggemar laman video YouTube kerana lirik lagu ini seolah-olah menceritakan apa yang berlaku tentang kehilangan Pesawat MH370.
Tanpa menunjukkan wajah penyanyi sebagaimana klip video yang biasa, video yang disiarkan dua tahun lepas (5 Julai 2012) hanya memaparkan lirik lagu pada skrinnya di samping suara kedua-dua penyanyi.