Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 21 September 2011

Kamera dan Larian Kuda..!!!

Kongsi Di Pesbuk

Pada tahun 1872, seorang warga British bernama Eadweard Muybridge, telah diupah oleh Leland Stanford bagi menjawab satu persoalan – adakah keempat-empat kaki kuda sentiasa mencecah tanah ketika berlari? Persoalan ini menjadi pertaruhan yang bernilai $25,000.00!
Untuk menjawab persoalan ini, Eadweard Muybridge telah mengaturkan 12 kamera di sepanjang trek larian kuda dan kemudiannya meletakkan tali-tali merentasi trek larian tersebut. Tali ini pula disambungkan terus ke suis kamera. Apabila kuda berlari dan menyentuh tali yang telah dipasang, maka kamera akan terus merakam gambar. Dengan itu, terhasillah beberapa keping foto yang menunjukkan aksi kuda yang sedang berlari. Susunan foto yang telah dirakam menunjukkan bahawa apabila kuda berlari, keempat-empat kakinya akan berada di udara. Lalu terjawablah persoalan yang sebelum ini tiada siapa yang tahu jawapannya.
Hasil dari peristiwa ini, Muybridge kemudiannya mencipta satu sistem dan teknik untuk merakam pergerakan manusia dan haiwan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com