Bagaimana jika hampir 80,000 orang wanita yang masih dara berbaris sambil menari dan sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada anda?Mahu pengsan sekejap silap hari.
Inilah yang berlaku di Swaziland, salah sebuah wilayah berautonomi di Afrika Selatan.
Setiap tahun, puluhan ribu anak gadis serta wanita yang belum berkahwin dan masih dara sanggup datang dari pelusuk kampung untuk menyertai upacara tarian Reed, atau juga dipanggil ‘Umhlanga’.
Gadis-gadis yang menyertai majlis itu akan memakai skirt pendek bermanik, barang kemas dan aksesori berwarna warni serta kelihatan seksi.
Menjadi tarikan kepada majlis ini apabila persembahan tarian ala-ala separuh bogel dipersembahkan di hadapan Raja Mswati III iaitu pemerintah Swaziland.
Upacara yang berlangsung sekitar akhir Ogos atau awal September setiap tahun itu adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ‘Queen Mother’ mengikut kepercayaan mereka.
Selain itu, majlis ritual itu dianjurkan dengan objektif lain adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Swaziland.Namun, objektif terpenting puluhan ribu anak gadis masih suci berkenaan menari separuh bogel di padang yang luas adalah untuk menarik perhatian raja mereka.
Andai terpilih sebagai isteri, maka itu akan menjadi jalan keluar dari kemiskinan kepada mereka.
Dalam erti kata sebenar, majlis itu sebenarnya menjadi medium untuk pemilihan isteri kepada Raja Mswati III.
Baginda akan melihat setiap seorang gadis yang membuat persembahan dan akan memilih sesiapa sahaja yang diminati baginda untuk dijadikan isteri.
Kini, Raja Mswati III dipercayai mempunyai lebih dari 14 isteri, dan jumlah itu tidak termasuk gundik-gundiknya.Sikap beliau itu berbeza dengan peraturan yang ditetapkan beliau sendiri di negara berkenaan di mana seorang lelaki hanya dibenarkan mengahwini paling ramai dua orang wanita sahaja.
Mengikut rekod, Raja Mswati III adalah antara raja terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki di Benua Afrika, mengamalkan cara hidup yang mewah, berpoligami walaupun undang-undang Swaziland menetapkan hanya dua isteri sahaja.
Selain itu, Swaziland merupakan antara negara termiskin di dunia akibat dari penyelewengan kewangan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh Raja Mswati III.
Video di bawah memerlihatkan tarian Reed yang diadakan setiap tahun. Harus diingatkan bahawa sebahagian wanita dalam klip itu menari dengan memperlihatkan buah dada mereka.
0 ulasan: