WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia
pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari
ini.
Beliau berusia 82 tahun.
Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin
mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat
serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.