MEMANG benar apa yang dikatakan Mona, tak sampai 10 minit, dia kembali semula kepada saya.
Liuk-lentuk saya lihat dia berjalan sambil membetulkan sedikit rambut palsu yang dipakainya.
Untuk pengetahuan pembaca, rambut Mona sebenarnya pendek atau ala-ala
‘crew cut’…alasannya senang nak jaga, tak payah letak shampoo.
” Wah cepat benar awak ‘layan’ drebar teksi tu, masa bila masuk hotel?,” tanya saya.
” Hahaha, kan saya dah bagitahu abang, dia tu memang ‘cepat’,
saya dah tahu ‘suisnya’ kat mana, pelanggan tetaplah katakan,” kata Mona
sambil tersengih, makin jelas kelihatan giginya yang rongak itu.
Bercerita lanjut, Mona memberitahu yang dia hanya membawa lelaki tadi di
sebuah sudut gelap dekat lorong berhampiran, mudah, tak payah panjat
hotel katanya.
Namun ada satu perkara yang diberitahu Mona membuatkan saya terkejut besar dibuatnya.
Ujar Mona, hampir kesemua pelacur di kawasan itu mempunyai satu rahsia yang tak ramai orang tahu.
” Untuk pengetahuan abang, kami sumbat kapas dalam ‘anu’
kami…jadi lelaki yang melanggan kami tak mungkin dapat ‘bertahan’ lama,”
” Sumbat kapas dalam anu? Tak faham, boleh jelaskan sikit,” tanya saya yang agak ‘blur’ dengan pengakuan tersebut.
” Aduh, yang ni pun nak saya ‘explain’ ke bang, begini, bila
‘benda’ lelaki kena kapas tu, cepatlah geli, cepatlah klimaks,
hahahaha,” katanya sambil ketawa terbahak-bahak, lawak sangatlah tu
dalam hati saya.
Kata Mona, jadual ‘kerja’ mereka amat singkat, sekitar tiga hingga ke empat jam sahaja dalam satu-satu malam.
Sebab itu mereka akan cuba mendapatkan pelanggan dalam sebanyak mungkin.
” Kami kat sini takde masa nak ‘romen-romen’ bang oii…dapat pun
RM30 je, jadi sendiri mau ingatlahkan…lainlah kalau sanggup bayar lima
enam ratus, sampai pagi pun saya sanggup servis,” katanya dengan
selamba.
Tambah Mona lagi, dia pernah pulangkan duit seorang pelanggannya kerana ‘terlalu lama’.
Bahkan dia juga mengaku takkan teragak-agak untuk berhenti ‘sekerat
jalan’ kalau dia rasakan pelanggannya itu ‘tidak sampai ke kemuncak’.
” Wah berani awak ye, tak takut ke kalau pelanggan awak marah atau pukul awak sebab tak layan dia betul-betul?,” tanya saya.
Ketika ini saya lihat airmuka Mona tiba-tiba berubah.
Alamak, saya dah mula resah…tertanya-tanya juga apa yang tak kena dengan soalan saya itu.
Dekat lima minit Mona tidak bersuara, sebaliknya terus menyalakan rokok Sampoernanya itu dari satu batang ke satu batang.
” Abang, kalau bab kena maki, kena pukul dengan pelanggan ni
saya dah tak tahu nak cakap…seingat saya sejak buat kerja ni, badan saya
lunyai dengan sepak terajang sampai saya dah jadi ‘mangli’ dengan
benda-benda macam tu
” Bukan setakat pernah kena pukul, saya juga pernah hampir nak
kena tikam dengan seorang lelaki yang kononnya nak ‘servis’, rupanya dia
nak menyamun.
” Saya dah tak hairan, nak bunuh pun bunuhlah, kalau saya mati,
Malaysia tak rugi apa-apa pun…cuma saya sedih andaikata saya pergi dulu,
siapa nak jaga Baby, siapa nak bagi makan dia,” kata Mona.
Di saat ini tiba-tiba airmata Mona berderai.
Bersungguh-sungguh dia menangis sampai saya pula naik cuak.
Risau juga takut-takut orang ingat saya pula yang nak samun Mona!
Ternyata dari riak wajahnya, Mona terlalu sayangkan anak perempuannya itu.
Dalam hal ini saya ‘tabik’ dengan Mona. Walaupun tugasnya penuh dengan
noda dan dosa, namun sifat kemanusiaan, lebih tepat lagi, sifat keibuan
masih kekal dalam jati dirinya.
Perlahan-lahan saya mengeluarkan sehelai tisu dari poket seluar saya.
Saya berikan pada Mona, namun dia enggan menerimanya.
” Abang kerja saya ni memang memerlukan tisu, kalau tak, mana
saya nak lap ‘benda alah’ tu, simpan sajalah tisu abang tu, dalam beg
tangan saya ni dah ‘standby’ sekotak tisu, tisu basah pun ada, tadi saya
beli kat Mydin, ada ‘sales’,” kata Mona.
Ketika ini entah kenapa saya tiba-tiba boleh ketawa.
Entah kenapa lucu benar saya rasakan ayat yang keluar dari mulut Mona itu.
Dalam hati saya, betul juga, apalah ertinya jadi wartawan kalau benda
penting macam pen pun takde, begitu jugalah ‘profesion’ macam Mona.
Apalah ertinya kerja macam dia kalau benda penting macam tisu pun takde, mahu haru jadinya!
0 ulasan: