Black Bengang, Sanggup Membunuh Kerana Agama | Black sememangnya bengang dengan gosip yang pertikaikan pegangan agamanya. Ini semua gara-gara ayat “Kita ini orang Melayu, beragama Islam, jadi fikirlah apa fitrah awak sebagai manusia beragama Islam” di dalam sebuah tulisan tersebut.
Buat yang belum tahu, ayat tersebut digunakan di dalam gosip percutian Black dengan kekasih hatinya ke Pulau Redang baru-baru ini. Memetik luahan Black Mentor dari sebuah portal hiburan tanahair yang berbunyi,
"Saya beritahu lagi, jika sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh! Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, janganlah nak campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap nak saman."
"Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu tersebut telah diselesaikan serta saya berharap tidak ada lagi pihak yang mengungkit kembali. Selepas ini saya perlu menasihatkan diri sendiri supaya lebih berhati-hati."
Ini hanyalah 1 penanda aras Black sanggup lakukan jika ada orang yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya. Apa pun kepada Black, semoga lebih berhati-hati dengan tindakan di masa hadapan supaya kontroversi sebegini tidak akan timbul lagi.
0 ulasan: