LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam.
Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim.
WOLDEMARIM berdiri di depan teksinya di Las Vegas pada 5 Oktober lalu. |
Woldemarim, 42, yang berasal dari Habsyah menemui wang tersebut semasa dia membersihkan teksinya pada 2 September lalu.
Wang tunai itu tersimpan di dalam sebuah beg komputer riba.
Dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang pernah memandu teksi itu.
Bagaimanapun, rakannya itu yang juga berasal dari Habsyah menafikan wang tersebut miliknya.
Rakannya itu meminta dia memberitahu pejabat keselamatan syarikat yang memiliki teksi berkenaan.
Woldemarim kemudian membuat laporan di pejabat keselamatan itu yang kemudian menghubungi polis.
Seorang pengawal keselamatan merakamkan gambar wang itu.
Sejam kemudian, Woldemarim dihubungi seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat tersebut.
Dia menemui pemilik wang tersebut yang berada di pejabat berkenaan.
Pemilik wang itu sebelum ini telah menghubungi syarikat teksi berkenaan bagi memberitahu dia tertinggal wang itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang.
0 ulasan: