Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

JUTAWAN CHINA JUAL UDARA SEGAR DALAM TIN ?

Kongsi Di Pesbuk
Lagi produk dari China dimana udara segar dalam tin. Bukan rahsia lagi bahawa China terkenal akan masalah pencemaran udaranya. Sementara pemerintah nampaknya tutup mata untuk menanganinya, jutawan Chen Guangbiao bertindak dengan caranya yang unik.

udara segar dalam kemasan tin

Lelaki yang senang dipanggil 'Brother Biao' ini menjual udara segar dalam kemasan tin seharga USD 0,80. Udara tin ini kemudian diberi jenama "Chen Guangbiao: Nice Guy" dan dipasarkan di beberapa kawasan di China seperti Jinggang Mountain, daerah Jiangxi, dan beberapa daerah minoriti Taiwan. Udara segar yang ditinkan berasal dari berbagai wilayah di China dan Taiwan. 

Teruja dengan bentuk udara dalam tin itu? Ini dia produknya! 

Chen Guangbiao: Nice Guy

membuka tin tersebut, mendekatkan hidungnya, dan menghirup udara segar yang ada dalam tin tersebut

udara dalam tin
"Orang hanya perlu membuka tin tersebut, mendekatkan hidungnya, dan menghirup udara segar yang ada dalam tin tersebut," kata Chen.


Biao menjelaskan bahawa di dalam tin tersebut terdapat chip yang akan langsung menutup ketika ion oksigen negatif mencapai jumlah maksimum. Menurutnya, udara di dalam tin juga tak akan mudah keluar kerana telah dipadatkan.

Walaupun ia kedengaran aneh dan tak masuk akal, namun Biao menyatakan bahawa dia yakin produk ini akan berjaya di pasaran.

Biao mengatakan bahawa sebagian hasil penjualannya akan disumbangkan pada tentera China yang sewaktu ini sedang mempertahankan Pulau Diayou.

Biao bahkan berjanji jika pembeli tak puas hati dengan produknya, mereka boleh menyimpan tinnya. Biao berjanji akan membeli tin itu kembali setelah 10 tahun dengan harga USD 7 per tin.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com