Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 27 September 2012

Rumah Lelaki India Hina Islam Diserang...!!!

Kongsi Di Pesbuk

SHAH ALAM – Belum lagi ‘sejuk’ dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam.
Pengguna Facebook terbabit telah membangkitkan kemarahan umat Islam dalam negara apabila statusnya menghina Nabi tersebar di mikro sosial facebook.
Antara kandungan yang ditulis pada statusnya, “Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH…”.
Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan juga nombor plat kereta juga telah disebarkan.
Namun salah seorang individu dengan akaun nama yang sama telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu.
Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telahpun digodam.
“Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama.
“Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri,”
katanya.
Namun demikian terbaru pagi tadi, forblogger.net dimaklumkan bahawa rumah dan kenderaan suspek telah diserang sebelum kedatangan pihak polis untuk membuat siasatan (foto bawah).



 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com