Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

MENGAPAKAH LANTAI MASJIDIL HARAM TIDAK PANAS?

Kongsi Di Pesbuk
Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas? Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari supaya boleh sembahyang Maghrib berjemaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas dimana antara 40-42 darjah celsius. Diandingkan dengan Malaysia dimana panasnya berada di sekitar 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu memerah tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan pada siang hari. Peluh sudah pasti akan bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Apa begitu yang unik adalah, walaupun mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari terus menyinari lantai marmar.

Ini berbeza dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Sewaktu berjalan, tapak kaki berasa sangat panas ibarat berjalan di atas bara api. Berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Abis tu kenapa lantai di tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah?

Ini menimbulkan rasa ingin tau. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner supaya tapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Dulunya, tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti sewaktu ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. 

Beginilah keadaan kaabah sewaktu masa dahulu

Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Jubinya sewaktu itu dengan jarak lima meter dari Kaabah, sehingga 1375 Hijrah atau 1954 M pada masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus tanpa henti. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar terbaik berkualiti tinggi yang mampu menahan teriknya panas matahari.

kalau korang nak tau sewaktu masa dahulu tempat tawaf tidak la seluas macam sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Sewaktu Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan kawasan untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibina satu ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi itu la sebabnya, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas walaupun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Teknologi pada zaman kini telah banyak memudahkan manusia. Banyak keselesaan yang kita dapat berbanding di zaman dahulu terutama di zaman nabi yang penuh dengan kesusahan dan kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada mereka dalam soal beribadah kepada Allah SWT.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com