Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

Pelik..!!.Jepun Membuat Bra Paling Sejuk Di Dunia

Kongsi Di Pesbuk

Untuk menghadapi musim panas yang sangat suhunya sangat ekstrim, Jepun melancarkan pakaian dalam yang unik dan tidak terbayangkan sebelumnya. Pakaian dalam tersebut dibuat dari lapisan ais, yang tentunya membuat kesan sejuk bagi penggunanya.

Produk baru keluaran dari syarikat gergasi pakaian dalam, Triumph itu diberi nama Super Cool Bra yang menggunakan bantalan gel untuk disejukkan ke dalam peti sejuk.

Gel tersebut disejukkan terlebih dulu sekitar dua jam sebelum digunakan. Bantalan gel itulah yang nantinya membentuk seperti lapisan es sehinggga sang pemakai bra boleh merasa sejuk di dada.



 Pakaian dalam itu ditawarkan dalam dua warna yang berbeza. Selain itu dihiasi dengan setangkai daun mint untuk memberikan aroma yang menyegarkan.Jika dilihat dari secara keseluruhan, bra tersebut seperti akuariaum dengan gambar ikan di dalam bantalan gelnya dan daun mint sebagai rumput lautnya.

Bra itu sengaja dicipta untuk menggalakkan warga Jepun untuk mengurangkan penggunaan AC pada musim panas. Negara itu menghadapi masalah tenaga selepas bencana tenaga nuklear Fukushima pada Mac 2011.

"Seluruh bangsa, khususnya daerah Kansai, dijangka akan menderita kekurangan elektrik. Syarikat dan keluarga sekarang harus berurusan dengan bil elektrik yang lebih tinggi, jadi kami memutuskan menggunakan tema ini agar mereka meningkatkan kesedaran menjimatkan elektrik," ujar Yoshiko Masuda, jurucakap Triumph,

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com