Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

Koleksi Gambar Helmet Yang Supercool...!!!

Kalau la boleh dapat satu macam kat bawah ni...



Asteroid hampiri bumi dikenal pasti...!!!

Astroid

WASHINGTON - Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), semalam.
Saintis Nasa menyatakan asteroid 2012 BX34 bersaiz 11 meter itu melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km).
 
“Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California.
 
Sejak awal minggu lalu, para saintis di seluruh dunia turut mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindak-balas dengan ancaman dari asteroid.
 
Mereka sepakat untuk menubuhkan projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat.
 
September lalu, Nasa turut mengesan sebuah asteroid terbesar sejauh 195 juta km dari matahari melalui sekitar orbit Bumi.

Awan Nano kuasai Anugerah Juara Lagu...!!!


KUALA LUMPUR - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) yang berlangsung di sini malam tadi, menyaksikan lagu Awan Nano ciptaan komposer M. Nasir dan penulis lirik Budi Hekayat, yang didendangkan oleh Hafiz, dinobatkan sebagai juara.
Naib Juara menjadi milik lagu Beribu Sesalangandingan tiga suara iaitu Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Lagu itu adalah ciptaan Kelvin Chin dan liriknya hasilan Tinta.
Lagu Karma ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir dendangan Faizal Tahir mendapat tempat ketiga.
Sementara itu, atas persembahan menarik yang ditampilkan oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hatimenyaksikan penyanyi itu membawa pulang anugerah persembahan terbaik.
Juara AJL26 menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000 manakala Naib Juara pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000. Tempat ketiga membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Sebanyak 12 lagu dipertandingkan kali ini.
hafiz

Tiga wanita separuh bogel ditangkap...!!!

DUA wanita separuh bogel cuba memanjat pagar manakala seorang rakan mereka memegang kad menuntut keadilan ekonomi dekat lokasi Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin.
DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.
Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.
Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk.



Al-Quran dibuang dalam guni...!!!

Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.
Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Ahad, 29 Januari 2012

Penyanyi Sebenar Doraemon...!!!


Siapa yang tak pernah tengok kartun Doraemon? Baik yang tua atau pun yang muda semua tahu dan gemar menonton kartun Doraemon ni..dan yang paling tak dapat dilupakan ialah lagunya...betulkan?


Tapi tahukah ada siapakah penyanyi lagu Doraemon tu..??


Jom tengok video ni...


Sabtu, 28 Januari 2012

Jambu Batu & Kegunaanya..!!!


Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau sukuMyrtaceae.

Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.

Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Beberapa orang lelaki yang sebenarnya wanita!!

Yupp. dan kalau korang tengok pada badan diorang yang tegap.. memang tak dapat nak bayangkan apa yang telah mereka lalui untuk menjadi lelaki. 


THOMAS BEATIE


BUCK ANGEL

  

BALIAN BUSCHBAUM


CHAZ BONO


IAN HARVIE


LOREN CAMERON


LUCAS SILVEIRA


ANDREAS KRIEGER


KATASTROPHE


RYAN SALLANS


Bieber temui anak-anak Jackson

JUSTIN BIEBER (kanan) bergambar bersama anak Jackson, Paris (dua dari kanan), Blanket (dua dari kiri) dan Prince Michael di pekarangan Teater Graumen's Chinese di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menyertai majlis mengabadikan bekas tapak tangan dan kaki Raja Pop, mendiang Michael Jackson (gambar kecil) di pekarangan Teater Graumen's Chinese di sini kelmarin.
Bieber, 18, menyertai anak-anak Jackson, Paris, 13, Prince Michael, 14, dan Blanket, 9, menghadiri majlis itu.
Anak-anak Jackson menggunakan sarung tangan dan kasut bapa mereka pada simen tersebut.
Selain anak-anak Jackson, kaum keluarga penyanyi tersebut termasuk abang penyanyi tersebut, Tito Jackson turut hadir.
Ibu Jackson, Katherine juga hadir.
Antara selebriti lain yang hadir ialah pelakon Chris Tucker, komposer Quincy Jones, ahli muzik, Melanie Fiona. Smokey Robinson.
Bieber turut berucap pada majlis itu selain bergambar dengan keluarga Jackson.
Jackson mati selepas jantungnya gagal berfungsi di rumahnya di sini pada 25 Jun 2009. 

Jumaat, 27 Januari 2012

Erra Fazira Terkilan Dengan Salma...!!!


Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akui terkilan melihat perjalanan kerjaya nyanyian bekas protegenya dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau Salmah A. Asis yang agak perlahan selepas menjuarai program tersebut.

Malah, dia berkata Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu.

"Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri.

"Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini.


"Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini.

"Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini.

"Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya," katanya selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam.

Selepas menjuarai Mentor 5, Salma membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pengurus untuk mengurus kerjayanya sebaliknya bergerak sendiri.

Sungguh pun begitu, Erra Fazira masih berharap agar Salma lebih bijak mengatur kerjayanya dalam bidang nyanyian supaya dia berpeluang kekal lama dalam industri sebaris dengan artis realiti yang sudah berjaya lain.

"Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan.
"Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada.

"Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu.

"Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri," luah Erra Fazira lagi.

Erra Fazira yang selesa bergerak sebagai juri bakal menjadi pembimbing dan juri untuk program realiti Pilih Kasih musim ketiga bersama penerbitanya, Rosyam Nor.

Khamis, 26 Januari 2012

Ogy nekad saman Johan?


SEJAUH mana kebenaran Fauziah Ahmad Daud mahu mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak, ia belum ada sebarang keputusan hitam putih.
Jelasnya, pengakuan Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy dalam sebuah akhbar arus perdana tidak lama dulu membayangkan tindakan saman itu akan diteruskan. 
Beberapa perkara disebutkan Ogy berhubung cara lawak Johan sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24, November lalu itu yang menggunakannya sebagai bahan lawak dalam nada persendaan, dianggap biadap dan menjatuhkan maruah.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” luahan Ogy dipetik daripada akhbar berkenaan.

Ogy menambah, atas dasar profesionalisme dan menghormati pihak penganjur, dia terpaksa menunjukkan reaksi tenang sepanjang mengendalikan anugerah berkenaan meskipun menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang sopan.

Berbohong kalau dirinya tidak terasa apabila ada orang sesuka hati memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapanya, mengutuk dirinya sudah tua dan sebagainya.

Dalam kenyataannya itu, turut menyentuh Johan seorang yang berbakat serta pandai berjenaka, namun tidak memandang serius akan kerjanya apabila tiba lewat semasa latihan.

Sudahlah lewat tiga jam dari waktu yang ditetapkan, berat mulut pula untuk meminta maaf. Sikap Johan yang tidak sensitif itu akhirnya membuatkan pembantu peribadinya sendiri datang meminta maaf.

Apa yang pasti, Ogy yang sudah lama bergelumang dalam bidang seni memandang serius hal ini dan ingin memberi pengajaran pada Johan. Sejauh mana teguh keputusannya itu, Harian Metro cuba menghubunginya tetapi gagal.

Sementara itu, Johan ketika diminta memberikan komen mengenai tindakan undang-undang jika Ogy masih mahu meneruskannya, hanya menunggu langkah seterusnya.

“Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai hal itu dan sekiranya Kak Ogy ingin masih meneruskan samannya, saya tidak mampu menghalang meskipun saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Sewaktu mengacarakan FFM penghujung tahun lalu, penerbit memberi kebenaran kepada kami sebagai pengacara untuk ‘adlib’ skrip agar persembahan lebih hidup tetapi saya tidak sangka gurauan saya dengan niat untuk berlawak mengguris hati Kak Ogy.

“Sewaktu isu ini hangat diperkatakan, saya pernah beberapa kali memohon maaf setiap kali memberi kenyataan kepada media,” katanya.



Lepas pelukan setelah dipujuk...!!!

ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.
Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.
Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com