Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

Gaun Jolie, Lopez jadi isu di Twitter...!!!



GAUN yang dipakai oleh Jennifer Lopez pada Anugerah Academy di Hollywood pada Ahad lalu.

LOS ANGELES - Dua aktres terkenal, Angelina Jolie dan Jennifer Lopez mendapat perhatian di laman sosial Twitter kelmarin berhubung pakaian mereka pada Anugerah Academy kali ke-84 di Hollywood.
Pada anugerah itu, Jolie, 36, memakai gaun labuh yang mempunyai belahan dan berwarna hitam.
Jolie juga kerap mendedahkan paha dan kaki kanannya semasa dia berjalan dan berdiri.
Lopez, 42, yang juga dikenali sebagai JLo mengenakan gaun putih hampir menampakkan keseluruhan payudara kirinya ketika dia dan Jolie menaiki ke pentas bagi menyampaikan anugerah Oscar pada Ahad lalu.
Dalam tempoh kurang satu jam, seorang pengguna telah mewujudkan satu akaun Twitter @AngiesRightLeg berhubung dengan kaki kanan Jolie.
Ia mempunyai lebih 15,500 pengikut pada Isnin lalu.
"Lihatlah saya!," kata mesej di Twitter tersebut selepas 45 minit Jolie naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah dengan gayanya yang menggoda tanpa rasa malu ketika mendedahkan kaki kanannya.
Sementara itu, akaun Twitter tentang payudara Lopez, @JLosNipple diwujudkan lebih awal daripada @AngiesRightLeg.
"Bukan salah JLo, Saya tidak boleh bernafas," kata salah satu mesej di Twitter.
Namun, menurut laman akhbar Los Angeles Times, akaun Twitter @JLosNipple tidak begitu popular seperti @AngiesRightLeg kerana ia hanya diikuti kira-kira 2,500 pengikut pada Isnin lalu. 

Selasa, 28 Februari 2012

Jom Intai Kuil Zakar Yang Menggelikan Di Thailand...!!!

Di Bangkok terdapat sebuah taman yang dipenuhi dengan zakar. Ianya dikenali sebagai Chao Mae Tuptim, atau Tokong Dewi Tuptim yang terletak di Jalan Sukhumvit. Tokong ini pada asalnya dibina untuk Dewi Tuptim tetapi mengikut lagenda tempatan pada suatu hari seorang wanita datang meminta banduan dewi. Beliau mengalami masalah untuk mengandung. Selepas berdoa kepada Dewi Tuptim beliau mengandung dan mendapat seorang anak lelaki. Sebagai tanda berterima kasih beliau meletakkan sebuah palad khik di tokong Dewi Tuptim ini.


 
Palad khik ialah sejenis tangkal bebentuk zakar yang dipakai oleh warga Thai. Jika seorang lelaki memakainya palad khik dikatakan mampu memberikan kekuatan batin, menjadi pelaris perniagaan dan tangkal perjudian. Jika wanita memakainya pula ia mampu menjadi pendinding rogol dan ragut. Jika ke Bangkok jangan lupa ke sini bagi melihat sendiri taman zakar Chao Mae Tuptim
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Video Dera Bayi Dibalut Kain Dan Diikat Tali Kat Taska Kejam...!!!


Mula-mula lihat video ni,ingatkan kejadian dera bayi ni di negara China,Yer la..kan banyak kejadian kejam dari sana,bila dikuatkan suara,"Ya Allah.. suara orang melayu kita,perempuan pulak tu" confirm kat Malaysia.Cuma tak pasti taska manakah bayi-bayi malang ini berada.Penjaga perempuan ni mesti remaja yang jenis nak kerja senang,takde hati perut  dan sikap keibuan langsung !!

Bayi-bayi ni diikat ..ada yang dibalut seperti pocong
Yang ni paling kritikal,mungkin jenis buas kot..dibalut..diikat..dan mulut disalotape kan..



Sila Share kat Facebook.. Semoga tersebarnya entri ini akan menarik perhatian media massa,Dan pengasuh kejam ini akan tertangkap..


Sakit Semakin Kritikal, Azean Irdawaty Mohon Adakan Solat Hajat...!!!


PETALING JAYA: Pelakon Azean Irdawaty merayu kepada orang ramai untuk memberikannya “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun pada Isnin (semalam) dengan mengadakan solat sunat hajat untuknya.

Azean yang lahir pada 27 Februari 1950 berkata, keadaan kesihatannya menjadi semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas.

Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
“Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat),” pintanya.

Sementara itu mStar Online dimaklumkan beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid sebagai memenuhi keinginan seniwati tersebut selain berharap kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Sungai yang sangat jijik dan ngeri.. Di situlah mayat.. di situlah mandi dan minum...!!!

Siapa yang tengok filem Bollywood mesti tahu mengenai Sungai Gangga. Sungai yang dikatakan menyucikan diri dari dosa.

Tapi tahukah korang bahawa sungai ini juga tempat keluarga miskin membuang mayat? dan mayat ini dibiarkan terapung dan berulat. Dan bertambah menggelikan apabila ada pengunjung mandi manda dan minum dari sumber air di sini.









Isnin, 27 Februari 2012

The star promote artis hina Islam-Erykah Badu..!!


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

-harakah

terkini:

KUALA LUMPUR, 27 Feb: The Star memohon maaf kepada pembaca Muslim kerana kesilapan menyiarkan gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu, hari ini.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/27/nation/20120227105242&sec=nation

Permohonan maaf itu disiarkan di laman web akhbar berkenaan selepas Harakahdaily mempersoalkan kenapa menyiarkan gambar penyanyi itu yang tertera kalimah Allah di dadanya.

Kejam! Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi...!!!

Kejam! Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi

LONDON – Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentari BBC Tube baru-baru ini mendapat liputan luas dan menjadi kes jenayah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station.
Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi.
Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu.
Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.
Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba dari mana-mana stesen.
Polis Pengangkutan British, Detektif Fin Egan berkata, tindakan lelaki tersebut amat mencurigakan dan boleh meragut nyawa wanita tersebut.
“Ini adalah satu perbuatan yang berbahaya dan tidak bertimbang yang mungkin menyebabkan mangsa kehilangan nyawa,” katanya yang dipetik dari Daily Chilli.
Pihak polis terus melakukan siasatan selepas pembongkaran video tersebut dan menggesa mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat tambahan bagi kes jenayah itu.


Majlis Sanding Yusry Dan Lisa Meriah!

Majlis Sanding Yusry Dan Lisa Meriah!

KUALA LUMPUR – Majlis resepsi perkahwinan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam Ahad lalu ternyata cukup meriah.
Selepas selamat mengikat ikatan sebagai suami isteri yang sah pada 23 Februari lalu, majlis resepsi itu pula dihadiri hampir 2000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara kedua-dua belah pihak, sahabat andai kepada pasangan tersebut serta rakan-rakan media.
Majlis resepsi itu bermula tepat jam 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan dan diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Acara berbalas pantun mengikut adat melayu juga turut dipersembahkan sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk atas pelamin bagi memulakan upacara persandingan.
Turut kelihatan cantik dan berseri pasangan pengantin sendiri di mana Lisa kelihatan anggun dan manis memperagakan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry segak berbaju melayu warna sedondon juga dari pereka yang sama.
Bertemakan konsep ala-ala ‘French Vintage’, suasana dewan kelihatan cukup indah dihiasi dengan bunga-bunga berwarna lembut dan menampakkan ciri elegen dalam majlis tersebut.
Antara artis-artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang kedua buat Yusry selepas berpisah dengan pelakon cantik negara, Erra Fazira dan pertama kali untuk Lisa.

Minyak Masak Tuala Wanita?

Minyak Masak Tuala Wanita?

JELEBU – “Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita,” kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.
Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.
“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.
“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.
Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

Keajaiban Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata...!!!

Kristal keluar dari mata gadis Lebanon - Air Mata Kristal

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com