Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Kareena Kapoor wanita Asia paling seksi...!!!

GAMBAR fail pada 8 November 2011 menunjukkan Kareena Kapoor bergaya untuk satu sesi iklan
di Mumbai.
MUMBAI, India - Bintang filem Bodyguard dan Ra.One, Kareena Kapoor muncul wanita Asia paling seksi di dunia, menurut satu kaji selidik terbaharu seperti dilaporkan sebuah akhbar kelmarin.
Aktres berkenaan mengatasi pemenang tahun lalu, Katrina Kaif dengan kelebihan cuma 1 peratus undi.

Katrina yang memenangi gelaran tersebut sejak tiga tahun lalu kini jatuh di tempat kedua.

Seorang lagi aktres Bollywood Priyanka Chopra berada di tempat ketiga diikuti Bipasha Basu yang menduduki tempat keempat.

Tempat kelima pula menjadi milik aktres filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.

Kaji selidik tersebut dijalankan oleh akhbar mingguan Britain, Eastern Eye, menerusi beberapa laman jaringan sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Responden diminta memilih selebriti kesukaan mereka daripada senarai mengandungi bintang pop, personaliti televisyen, model dan bintang filem dari seluruh dunia.

Korban kemarahan adik...!!!

SUSPEK (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sebelum ditahan reman selama lima hari.
PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan dengan desakan si abang yang menuntut hutang, seorang adik yang dipercayai terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu dalam kejadian di Taman Dato Harun di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang semasa dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah.

Difahamkan sebelum tercetus tragedi berdarah itu, kedua-dua beradik terbabit berperang mulut kerana isu hutang RM50.

Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, mendesak adiknya yang berusia 21 tahun supaya membayar semula hutang sebanyak RM50.

Tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa.

Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.

Restoran Maju Junction meletup...!!!

PUSAT beli-belah Maju Junction di Jalan Sultan Ismail yang meletup dan terbakar malam kelmarin


 
KUALA LUMPUR – Restoran Noodle Station di tingkat bawah pusat membeli-belah Maju Junction di sini meletup dan terbakar akibat kebocoran gas memasak di premis itu malam kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pukul 11.25 malam.
“Bomba yang memeriksa tempat kejadian mendapati berlaku letupan pada saluran gas di dapur restoran yang berada di tingkat bawah bangunan tersebut.

“Letupan itu menyebabkan berlaku kebakaran di bahagian stor restoran malah pintu kaca dan syiling premis itu turut pecah akibat letupan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Anak sembelih ibu lumpuh...!!!

sembelih ibuSERI KEMBANGAN - Tidak tahu apa motifnya, seorang anak sanggup menyembelih ibu kandungnya yang terlantar akibat lumpuh sehingga mati sebelum cuba membunuh diri di rumah didiami mereka di Seksyen 14/2, Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam.

Kejadian itu disedari kakak suspek yang kebetulan mengunjungi rumah berkenaan sebelum mendapati ibunya sudah tidak bernyawa sementara adiknya dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, lelaki berumur 35 tahun dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan sebelum itu dikatakan masih sedar dan menyambut kehadiran kakaknya di pintu rumah selepas membunuh ibunya.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, kakak mangsa kemudian menghubungi ahli keluarga lain untuk menghantar suspek yang dalam keadaan tenat dan kritikal ke hospital sebelum menghubungi polis.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian pembunuhan ibu tua berusia 73 tahun itu daripada ahli keluarga kira-kira jam 10.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati ibu tunggal itu dikelar di bahagian leher dan mayatnya ditemui terbaring di atas tilam di ruang tamu tingkat bawah rumah teres tiga tingkat berkenaan,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod penyakit mental dan masih menerima rawatan di Hospital Serdang.

Abd Razak berkata, tiada kesan pergelutan berlaku, namun anak keenam daripada lapan beradik itu dipercayai mengelar lehernya sendiri selepas membunuh ibunya.

Jelasnya, ahli keluarga meletakkan kepercayaan kepada suspek yang tidak bekerja itu untuk menjaga ibunya.

Suspek dikatakan pernah cuba membunuh diri pada 25 September lalu, namun diselamatkan ahli keluarga.

Pisau yang digunakan untuk mengelar leher ibunya ditemui tidak jauh daripada mayat terbaring di ruang tamu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Anak kambing berwajah pelik...!!!


Anak kambing berwajah pelik

GERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.

Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.

Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

“Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.

Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.

Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.

“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.

Buat maksiat dalam kereta...!!!


maksiat
KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

Ahad, 27 November 2011

Tukang kebun parah disondol babi hutan 60kg...!!!


KEADAAN Nordin yang cedera akibat diserang
 babi hutan dan dirawat di HSAH, Alor Setar semalam
SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa, Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.
Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.
"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak atap zink yang diletakkan di luar rumah.
"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

Perogol bersiri licik tumpas...!!!


Perogol bersiri licik tumpas
KOTA BHARU - Hasrat seorang perogol bersiri yang ingin melampiaskan nafsu serakahnya tidak kesampaian apabila dia diberkas oleh orang ramai selepas cuba merogol seorang jurujual, kelmarin.

Tindakan licik perogol bersiri yang diburu polis dipercayai terlibat hampir 20 kes itu akhirnya kecundang setelah dia ditangkap antara jam 12 tengah hari.

Suspek yang tidak bekerja itu juga difahamkan dikehendaki polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan terkutuk berkenaan di beberapa jajahan lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan memasuki bilik yang disewa oleh jurujual tersebut terletak berhampiran sebuah pasar raya di Lembah Sireh, dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 20-an itu tidak sempat dirogol oleh suspek selepas salah seorang daripada rakan mangsa menyedari terdapat bunyi bising seolah-olah ada lelaki bergaduh di dalam bilik berkenaan.

Seorang penjaga bilik yang enggan dikenali memberitahu, dia mengetahui kejadian terbabit selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang penyewa bilik menyuruhnya naik ke tingkat tersebut kerana mendengar suara lelaki.

“Pada mulanya saya mengingatkan penyewa ini membawa masuk teman lelaki masuk bilik tanpa pengetahuan saya, namun dalam masa sama saya mendengar bunyi suasana tegang berlaku dalam bilik tersebut.

“Setelah bimbang dengan keselamatan wanita tersebut, saya memberitahu dua pekerja lelaki yang lain dan setelah lelaki terbabit menyedari kedatangan kami, dia cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Penjaga terbabit juga menceritakan dia tidak dapat melihat kejadian itu secara jelas dan hanya melihat tangan mangsa diikat dengan wayar, yang ketika itu memakai tuala kerana difahamkan baru selesai mandi.

Suspek yang berasal dari Kampung Dusun Muda, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret, Muhammad Hafiz Mohd Noor mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tempoh lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pada 25 Ogos lalu, media menyiarkan laporan mengenai seorang perogol bersiri dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.

WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!


article00D5A5CB500000578124 634x366 WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!

article00D5A586B0000057841 634x363 WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!

eatingashes WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!

eatingashes1 WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!

eatingashes3 WANITA INI KETAGIHAN MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA!!

Bukanh mudah untuk kehilangan orang yang kita cintai. Begitu juga dengan Casie, 26 tahun, yang berduka ketika kehilangan suaminya. Akibat dari rasa cinta yang begitu mendalam untuk suaminya, Casie berduka dengan cara yang luar biasa.

Casie yang merupakan warga Fayetteville, Tennessee, Amerika Serikat, memiliki ketagihan memakan abu mayat suaminya. Tabiat tersebut dapat membuatnya merasa nyaman dan tenang.

Keduanya bertemu pertama kali pada tahun 2008. Linda, ibu Casie mengatakan dua setengah tahun kehidupan Casie dengan Shawn merupakan mungkin satu-satunya saat dimana Casie benar-benar merasa bahagia. Namun, baginya dunia serasa berhenti berputar ketika Shawn meninggal tiba-tiba kerana serangan asma mengejut.

Awalnya, dia berkabung dengan membawa abu suaminya kemana pun dia pergi, termasuk kedai,shoping complex, ataupun restoran. Perkara tersebut menjadi lebih ekstrim ketika pada suatu hari sedikit abu suaminya tumpah ke tangannya.

“Saya tidak ingin mengelapnya sebab itu adalah suami saya dan saya tidak ingin membuangnya pergi,” katanya. “Jadi saya hanya menjilatnya dengan jari saya.”

Sejak saat itu, dia tidak mampu untuk berhenti untuk memakannya. . Casie menggambarkan rasa abu tersebut seperti telur busuk, pasir, dan kertas.

Meskipun banyak orang yang memiliki ketagihan akan sesuatu, tetapi ketagihan yang dimiliki Casie sangat mengejutkan. Selain itu, bahan kimia yang terkandung dalam abu juga berbahaya bagi kesihatan jika tertelan.

Koleksi Foto Bikin Pecah Otak...!!!

““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““
““


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com