Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 29 November 2013

Festival Berjalan Atas Api Untuk Kesucian Hati Di Jepun



Festival yang diraikan setiap tahun pada tarikh 8 Disember diadakan di kuil Buddha Zen di Aichi, Jepun. Dalam festival ini, para peserta akan diminta untuk melangkah melintasi bara api yang menyala untuk mendapatkan kembali kesucian batin mereka.

Tahun ini, panitia Fukugonji Akiba Grand Festival berjanji bahawa acara ini akan lebih menghiburkan berbanding tahun lalu.

Dewa pelindung Fukugonji bernama Akibasanjakubo. Fukugonji dulunya adalah seorang sami. Dikatakan bahawa dalam hidupnya, ia telah berjaya menguasai segala bencana kebakaran dan mampu mengawal api.

Setiap tahun Akibasan Grand Festival diadakan di Fukugonji untuk memperingati hari kematian dan kenaikan Akibasanjakubo.

Festival ini terdiri dari dua bahagian utama: berdoa dan berjalan di atas bara api. Selepas berdoa di dalam kuil, para peserta akan menyanyi sambil bergerak mengelilingi api.

Orang yang berani melewati bara api akan dimurnikan hati dan fikirannya, kerana ketakutan seseorang terhadap api akan mengingatkannya untuk mengawal api batinnya juga. 





Sumber

KOBJA : Aksesori Wanita Dari Katak Kodok

Katak Kodok Tebu ialah katak yang dibawa masuk dari Amerika Selatan ke Australia suatu ketika dahulu bagi mengawal jumlah kumbang yang memusnahkan tanaman.

Kini kehadiran mereka dianggap sebagai haiwan perosak kerana bukannya haiwan bumiputera dan menggangu ekosistem yang sedia ada.

Bagi mengawal jumlah mereka pelbagai cara digunakan dan antaranya ialah memburu katak ini dan menjadikan kulit mereka sebagai barangan kulit.

Jangan ketawa kerana aksesori wanita keluaran Kobja di bawah kini mendapat sambutan di Jepun dan Eropah. Beg tangan kecil mencecah harga Euro 300 (RM1319) manakala beg tangan pula Euro 1200 (RM 5278) .

Mungkin di Malaysia kulit katak politik juga boleh dijual kerana jika mereka boleh menjual amanah orang mengundi kini ada hak jual kulit mereka.








Ibu tak restu hubungan, Shila pujuk ibu Johan



Selepas pelakon Johan As'ari membuat pengakuan yang menggemparkan industri hiburan apabila mengaku bercinta dengan pelakon sensasi Lana Nordin, ibu kepada bintang "Juvana" itu, Datin Firdaus Abdul Kadir dilihat seolah-olah tidak merestui hubungan cinta anaknya itu.

Menerusi laman Instagram, Datin Firdaus telah memuat naik gambar berserta ayat "A sad face under the shades – Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya."



Berikutan status tersebut, Shila Amzah telah meminta ibu Johan untuk tabah berdepan situasi sekarang, termasuk memuat naik gambar bersama ibu Johan di laman Instagram-nya.


"Terus hadapai dengan senyuman. Walau apa jua ujian, tetap akan jalan ke depan. Guna kewarasan akal fikiran. Tanpa ada walau satu kepincangan biarpun masa acap kali mencemburui kita.



"Ada saja hal yang tiba tanpa dipinta, namun kita harus ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang kita ada dan tiada kerana dunia ini cuma jambatan sahaja," katanya yang dipetik dari Hip.

Terserempak Buaya Gergasi Dalam Laut Di Pulau Pinang

Terserempak buaya dalam laut

GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.
 
Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.

Tatiana Neves Barbosa, Pelacur Yang Merakam Justin Bieber Tidur Di Brazil




Mungkin ramai yang tak tahu lagi, seorang gadis dan juga mengaku dirinya pelacur telah merakam gambar dia bersama Justin Bieber yang tengah tidur. Gadis itu adalah Tita atau nama sebenar seperti di atas. Gadis itu mengaku yang dia telah dibawa oleh Justin Bieber keluar dari Kelab Malam Zax pada malam jumaat lepas. Sebenarnya Tita adalah seorang model dan juga part-time ahli bina badan. Dia juga telah memenangi Miss Bikini Wellness 2012. Tetapi menurut sumber menyatakan gadis ini bukan pelacur tetapi rakan yang lepak di rumahnya sehingga dia berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik Justin yang tengah rehat serta merakamnya. 













Isnin, 18 November 2013

Suami Isteri Rantai Anak Angkat Dan Sangkut Bangkai ayam Di Leher



Washington: Seorang pekerja Jabatan Kebajikan Carolina Utara ditahan pihak berkuasa selepas anak angkatnya ditemui di rantai di anjung rumah dengan bangkai ayam digantung di lehernya.
Timbalan Sherif Monroe berkata, budak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui menggigil bersendirian selepas dirantai di buku lalinya.

Remaja Britain Meninggal Dunia Waktu ‘FIRST TIME’ Guna TAMPON!




SEORANG remaja perempuan meninggal dunia selepas menggunakan tampon (gambar kecil di atas) buat pertama kali akibat satu keadaan kejutan toksik yang jarang berlaku.

Natasha Scott-Falber (Gambar)  maut akibat jangkitan sejenis bakteria yang hanya berlaku kepada kira-kira 40 orang setahun di Britain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com