Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 31 Mac 2012

Kambing biri-biri lahirkan anjing...!!!



XIAN, China – Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi
seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai
satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri
betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti
seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya
menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama
anjing-anjing lain.

“Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor
biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak
biri-biri itu menyerupai seekor anjing,” kata Naiying.

10 IDEA BEST HIASKAN FACEBOOK TIMELINE...!!!




Hampir semua orang tak suka dengan facebook time line..Bila tak suka bermakna mula la tensyen..pening.. ye tak?

Tapi nak wat camne..benda free..

Tapi salah satu peluang yang ada pada facebook timeline ialah pengiklanan.. pada sesiapa yang ramai subscriber.. leh la jual covel tu kan? kalau ada orang nak la..tapi kalau sekali komen dekat 500 komen..apa salahnya.. mesti ramai yang berminat.

Tapi.. dari korang komen bengang dengan timeline ni.. cuba2 la kreatifkan diri anda.. leh tengok contoh 10 cover timeline yang best






Ahad, 25 Mac 2012

Artis Barat Dulu Dan Sekarang....!!!

Celebs Then and Now01 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now02 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now03 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now04 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now05 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now06 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now07 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now08 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now09 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now10 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now11 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now12 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now13 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now14 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now15 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now16 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now17 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now18 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now19 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now24 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now25 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now30 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now33 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now40 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now41 Celebs Then and Now (49 pics)

Celebs Then and Now42 Celebs Then and Now (49 pics)

Orang Terkenal Yang Mati Dalam Prestasi Mereka...!!!


Miriam Makeba


9, November 2008Miriam Makebadigelar Mama Afrikamengalami serangan jantungsejurus selepas menyanyikan lagu hit"PATA PATAdalam konsert yang diadakan diCastel Volturnoberhampiran Caserta, Itali.

Steve Irwin


4 September 2006. Steve Irwin, yang dikenali sebagai "Crocodile Hunter", telah disengat dan dibunuh oleh sekor pari-pari ketika membuat penggambaran dokumentari di dalam laut yang berjudul Ocean’s Deadliest.

Franco Scoglio


3, Oktober 2005. Franco Scoglio, pengurus bola sepak Itali dan sukan commenter TV, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 64 tahun ketika di udara semasa program pada Genoan stesen TV swasta Primocanale, selepas perbincangan yang hangat dtempat duduknya manakala Preziosi berterusan dengan seruan beliau.

Darrell Abbott


8, Disember 2004. Ex-gitaris band metal Pantera, "Dimebag Darrell Abbott, telah dibunuh di atas pentas oleh lelaki bersenjata semasa beraksi dengan Damageplan band baru di Al Rosa Villa di Columbus, Ohio.

Owen Hart


23, Mei 1999. Owen Hart, ahli gusti profesional kelahiran Kanada untuk WWF,meninggal dunia semasa acara bayar-per-view apabila melakukan aksi ngeri. Ia telah dirancang oleh Owen turun dari bumbung Arena Kemper pada abah-abah keselamatan yang terikat dengan tali untuk membuat pintu masuk cincin. Selak keselamatan telah terlepaskan dan Owen terjatuh dari ketinggian 78 kaki (24 m), melantun dada dahulu menyebabkan aorta terputus, yang menyebabkan paru-paru dipenuhi dengan darah.

Mark Sandman


3, Julai 1999. Mark Sandman, Bass dan penyanyi utama untuk Morfin band, pengsan di atas pentas di Giardini del Principe di Palestrina, Latium, Itali (berhampiran Romsemasa mengadakan konsert dengan Morfin. Beliau telah disahkan mati akibat serangan jantung.

Brandon Lee


31, Mac 1993. Brandon Lee, anak artis Bruce Lee, meninggal dunia ketika penggambaran filem Crow. Pistol prop telah meledak terbebanmenyebabkan kartrij kosong untuk menggerakkan peluru ke Lee dan membunuhnya.Bertentangan dengan legenda bandar, rakaman kematiannya tidak disimpan dalam filem. Sebaliknya, mereka kembali shooting tempat kejadian menggunakan pelakon yang berbeza.


Koleksi Lighter Yang Cool...!!!

Ada sesiapa yang mempunyai hobi mengumpul lighter yang unik..???
Jom layan gambar lighter kat bawah ni....

















Doktor psikik bedah pesakit tanpa ubat bius....!!!




GAMBAR 23 Februari 2012 menunjukkan Joao Teixeira de Faria menggunakan pisau ketika membedah mata seorang wanita.


ABADIANIA, Brazil - Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.
Baru-baru ini, Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.
Arguelles, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.
Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari.
"Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.
Namun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi beritaAssociated Press (AP) di sini.
"Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.
De Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik.
Kata de Faria, dia akan menggunakan kebolehannya untuk memukau pesakit agar tidak merasa sakit semasa dibedah.
Menurutnya, dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pesakitnya tetapi menerima sumbangan dalam bentuk derma daripada mereka.

Ariel menyesal....!!!


ARIEL (empat dari kiri) ketika ditemubual oleh sekumpulan wartawan di Bandung, Indonesia semalam.


BANDUNG – Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.
Kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminat dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.
Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.
Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.
Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.
“Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal,” kata Ariel.
Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.

Sabtu, 24 Mac 2012

Kepala pecah jatuh bangunan...!!!



Jatuh bangunan
SEREMBAN – Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 14 rumah pangsa Tun Dr Ismail, Jalan Templer di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berumur 45 tahun, maut dalam keadaan ngeri berikutan kepalanya pecah dan otak bertaburan sejauh tiga meter.

Menurut seorang saksi yang juga penghuni tetap rumah pangsa tersebut, N Sriphothi, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah di tingkat lapan, namun terdengar bunyi bising menyebabkannya keluar rumah.

“Sejurus saya keluar, saya lihat orang ramai memandang ke atas dan mendapati seorang lelaki berpakaian kemas berada di balkoni tingkat 14 dalam keadaan duduk manakala kaki terjuntai.

“Saya bersama beberapa penduduk berlari dengan menaiki tangga ke tingkat atas untuk menyelamatkan mangsa namun sejurus tiba ke tingkat 13, mangsa sudah terjatuh,” katanya.

Seorang lagi saksi, D Parameswari, 56, pula berkata, ketika kejadian, dia menyidai pakaian di hadapan rumah namun terdengar bunyi bising dari atas rumah.

“Saya mencari punca bunyi bising dan melihat seorang lelaki berada di tingkat 14 dalam keadaan mencurigakan.

“Saya amat takut dan terus masuk ke rumah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentu­man kuat berhampiran rumah,” katanya.

Menurutnya, sejurus keluar, dia melihat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan berikutan kepala pecah dan otaknya bersepai.

Parameswari berkata, kejadian itu adalah pengalaman kedua yang dialaminya sejak tiga tahun tinggal di rumah pangsa berkenaan.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana sebelum itu, saya ada beritahu rakan bahawa tiada lagi kes orang terjun bangunan kerana kawasan rumah pangsa ini akan dipasang pagar oleh pihak berwajib.

“Bagaimanapun, bila terjadi kejadian ini dan saya menjadi saksi, saya berasa takut serta trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mangsa bukan penghuni rumah pangsa terbabit, sebaliknya tinggal bersama ibu berusia 70-an di sebuah rumah orang tua di Rantau, di sini.

Menurut sumber, mangsa dipercayai bertindak terjun bangunan akibat tekanan hidup miskin dan menghidap barah limpa.

Ibu tikam bayi baru lahir, buang dalam semak....!!!



bayi ditikam
JAKARTA - Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.

Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.

"Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya," kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.

Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.

Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

Kakitangan perubatan lakukan seks oral dengan pesakit




PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terkejut putih telur berwarna biru...!!!



telur terengganu
KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.
“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.
“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.
Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.
“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.
"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

Bunuh keluarga kerana malu...!!!



China – Hanya kerana marah selepas ditangkap akibat mencuri, seorang remaja membalas dendam ke atas seorang lelaki, dikenali sebagai Huang dengan membunuh lelaki itu dan dua lagi anggota keluarganya di Nanning.

Remaja itu, Xiao Wei berbuat demikian kerana Huang telah membuat laporan polis bahawa dia telah beberapa kali merompak kedai milik Huang.

Kerana malu, dia bertindak nekad dengan menembak mati Huang dan isterinya dengan menggunakan senapang patah.

Sementara anak lelaki pasangan itu dipukulnya hingga mati dalam kejadian pada 3 Mac lalu.

Selepas melakukan pembunuhan kejam itu, Xiao Wei telah mencuri wang tunai sebanyak AS$6,340 dan membuang senjata berkenaan.

Ketika ditangkap polis, dia tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah sebaliknya hanya tenang.
Dia juga dilaporkan memberitahu polis “Saya telah menceritakan semuanya, boleh saya balik ke rumah sekarang?,”.

Terselamat serangan strok...!!!





TIGA tahun lalu, dia hanya membilang hari menanti ajal di katil hospital. Berperang dengan serangan strok dan didiagnosis menghidap arrhythmia iaitu penyakit berkait dengan kadar degupan jantung tidak setara, langsung tidak terlintas di hatinya untuk menjadi sebutir bintang yang bersinar dalam dunia muzik global.
Dia yang dimaksudkan ialah Jessica Ellen Cornish, 23, anak kelahiran Redbridge, sebuah bandar di utara kota London, England.
Dia kini dikenali di seluruh dunia dengan nama Jessie J!
“Ketika terlantar di hospital, saya hanya melihat orang sekeliling saya bermain teka-teki akan nasib masing-masing yang bakal menyusuri.
“Saya antikafein, bukan seorang perokok, pemabuk apatah lagi menyentuh najis dadah! Saya tidak seharusnya meracuni diri dengan bahan-bahan yang mungkin insan normal jadikan sumber keyakinan, tapi muzik adalah terapi buat saya,” luahnya.
Jessie J kini menjadi jenama yang mewakili putaran irama lagu Price Tag, Domino, Do It Like a Dude, Nobody Perfect dan yang terbaru, Who's Laughing Now.
Hakikatnya, dirinya semakin mekar berkembang biar pun usianya dalam industri muzik masih setahun jagung.
Namun begitu sebelum bergelar penyanyi, dia nyata sudah terlebih dahulu menggali pengalaman sebagai seorang penulis lirik.
Dia merupakan individu yang mengarang lirik lagu Party In the USA yang dipopularkan Miley Cyrus dan I Need This nyanyian Chris Brown.
Kini, penyanyi yang sering tampil dengan imej rambut bob hitam dan fringe yang hampir menutupi seluruh dahinya itu sudah memiliki sebuah album berjudul Who You Are. Malah, tidak lama lagi dia juga akan muncul dengan album keduanya.
Cukur kepala, cedera kaki
Dia pernah menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuk penyanyi kesayangannya, Britney Spears, namun ditolak mentah-mentah!
Dugaan pahit itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan menyanjungi bintang idolanya itu.
Jika Britney pernah hampir tumbang dalam kehidupan selepas bercerai dengan suaminya sehingga nekad mencukur kepalanya suatu ketika dahulu, tindakan yang sama dilakukan oleh Jessie.
Bukan kerana kecewa tapi berteraskan niat yang tulus! Dia mahu rambutnya dipotong untuk mengumpul dana demi kebajikan.
“Tahun depan saya akan mencukur kepala saya untuk sumbangan kebajikan, perkara itu akan berlaku sekiranya saya boleh mengumpul AS$1 juta (RM3.08 juta) yang saya yakin akan berhasil!
“Saya teruja untuk menghapuskan imej rambut bob saya ini bersama beberapa orang selebriti yang setuju untuk melakukannya bersama-sama,” ungkapnya.
Tambah Jessie, tidak mustahil untuk dia memakai rambut palsu selepas membotakkan kepala. Alasannya peminat mungkin tidak tahu bahawa rambut di kepalanya itu bukan yang asli.

FUGURA unik ini merupakan rakan sekelas Adele dan Leona Lewis ketika mereka sama-sama belajar di BRIT School.


“Namun, jika saya dapat mengumpulkan sejumlah wang untuk menyelamatkan beberapa nyawa, saya sanggup!” katanya yang disuntik inspirasi ketika dikelilingi kanak-kanak kurang bernasib baik sewaktu menjalani rawatan kakinya yang cedera pada tahun lalu.
Menutup tirai tahun 2011 mungkin bukan waktu yang bertuah bagi Jessie. Dia malangnya terjatuh dari platform sewaktu sesi latihan untuk sebuah persembahan di Stadium Wembley, London, England.
Akibatnya, buku lali kaki kirinya terkehel dan sebahagian urat dan tisu kakinya rosak hingga menyebabkan kakinya terpaksa disimen.
“Saya dipaksa untuk berehat di rumah tapi saya rasa itu tindakan yang gila! Saya sudah tentu tidak akan menghampakan harapan peminat-peminat saya dengan hanya berehat di rumah.
“Ada juga saya meminta pihak hospital untuk menyediakan stokin kristal tapi ini (kaki disimen) saja yang mereka ada,” bicaranya berseloroh sewaktu mengadakan konsert mini pada waktu itu.
The Voice
Kembali ke United Kingdom selepas siri jelajah di Australia, Malaysia dan Indonesia baru-baru ini, dia kini sedang sibuk mencari bakat-bakat baharu untuk sebuah rancangan realiti TV nyanyian, The Voice versi United Kingdom.
“Perbandingan antara penyanyi sudah menjadi sebuah trend masa kini tapi saya fikir rancangan ini berdiri dengan sendirinya.
“Rancangan ini menumpukan semata-mata pada vokal, muzik dan bakat. Sebagaimana nama programnya, itu yang mereka fokuskan,” ujarnya yang teruja dilantik menjadi salah seorang juri dan mentor rancangan itu bersama will.i.am, Tom Jones dan vokalis The Script, Danny O’Donoghue.
Menurutnya, kemungkinan besar dia bakal membuat kolaborasi bersama ketiga-tiga nama besar itu untuk albumnya yang akan datang.
“Danny, will.i.am, Tom Jones nan dan Jessie J akan menyanyi bersama-sama di sebuah studio nanti,” cerita anak bongsu daripada tiga saudara perempuan itu.
The Voice bakal disiarkan menerusi BBC One bermula hari Sabtu ini pukul 7 petang.
Tinie Tempah
Jessie suatu ketika dahulu pernah mengakui memiliki orientasi seks yang berbeza daripada orang normal. Dia menyifatkan dirinya biseksual!
Namun, sebelum mengadakan konsertnya bersempena Future Music Festival di Flemington Racecourse, Australia, dia dikatakan keluar senyap-senyap untuk berjumpa dengan penyanyi rap Tinie Tempah.

JESSIE J bersama (dari kiri), Danny, Tom dan will.i.am di pentas The Voice versi United Kingdom.


Menurut laporan sebuah akhbar antarabangsa, The Sun, penyanyi itu sebelum ini tinggal di sebuah apartmen milik Tinie di London sebelum mengadakan konsert jelajah ke Asia dan Australia.
Lapor seorang rakan Jessie: “Jessie dan Tinie pernah keluar bersama beberapa malam sebelum ke konsert jelajah Asia dan Australia seolah-olah mereka sedang menjalinkan hubungan. Lagipun mereka nampak serasi bersama”
Tambah sumber itu, Jessie mula kerap bertemu Tinie apabila masing-masing ada kelapangan.
Pasangan itu pertama kali bersua sewaktu sebuah majlis keraian pada dua tahun lalu. Namun, hubungan mereka semakin berkembang selepas dijadualkan bakal membuat persembahan bersama di Royal Albert Hall, London pada awal bulan depan untuk pertubuhan kebajikan, Teenage Cancer Trust.
Jessie turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Tinie sebelum memutuskan untuk bekerjasama dalam program The Voice.
“Jessie mengaku kepada beberapa orang rakan terdekat bahawa dia kini mempunyai seorang teman lelaki secara rahsia,” kata sumber itu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com