Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 13 April 2012

Axl Rose tolak pengiktirafan Rock and Roll Hall of Fame...!!!

Kongsi Di Pesbuk LOS ANGELES - Penyanyi kumpulan rock lagenda Guns N' Roses, Axl Rose menyatakan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis Rock and Roll Hall of Fame pada hujung minggu ini kerana berasa tidak dikehendaki atau dihormati dalam acara tersebut.






Dalam sekeping surat yang ditulis kepada blog muzik The Los Angeles Times, Rose menjelaskan kenapa dia enggan menerima pengiktifaran itu. Pada masa yang sama Rose tidak menghalang mana-mana anggota Guns N' Roses untuk menghadirinya.
"Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan diwakili oleh sesiapa. Tiada siapa juga dibenarkan untuk menerima pengiktirafan ini atau bercakap bagi pihak saya," kata Rose.
Guns N' Roses mencipta populariti menerusi lagu-lagu seperti Welcome to the Jungle dan Sweet Child O' Mine pada tahun 1987 hingga 1993 dengan jualan album mencecah 100 juta unit.
Rock and Roll Hall of Fame mengumumkan senarai penerima pengiktirafannya pada Februari lalu. Antara yang tersenarai ialah Red Hot Chili Peppers, Beastie Boys dan ramai lagi. - Agensi

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com