Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 19 Julai 2012

Polis Menangkap Lelaki Gigi Bertaring Puntianak...!!!

Kongsi Di Pesbuk



Seorang lelaki yang mempunyai taring bak pontianak ditangkap oleh polis San Diego, Amerika Syarikat (AS). Lelaki itu ditangkap selepas memukul dan mengancam mati seorang tunawisma.

Mangsa pemukulan itu adalah seorang lelaki tunawisma yang berusia 55 tahun, identiti mangsa tidak diberitahu oleh polis. Lelaki tunawisma itu tidur di belakang pusat membeli-belah dan dipukul oleh suspek.

Setelah insiden penganiayaan itu berlangsung, polis San Diego langsung menetapkan status kecemasan. Mereka mencari seorang lelaki "bergigi pontianak" yang melakukan serangan pada pukul 06.00 waktu setempat di La Jolla. Mangsa pun yakin, lelaki yang menyerangnya juga merupakan seorang tunawisma.

Seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (12/6/2012), mata mangsa bengkak dan berdarah. Tersangka pun berjaya ditangkap oleh polis dan didakwa atas tuduhan percubaan pembunuhan.

Penangkapan lelaki bergigi pontianak itu muncul di tengah-tengah munculnya berita tentang serangan manusia kanibal. Menurut laporan, seorang lelaki bernama Rudy Eugene dari Haiti memakan mata, hidung dan mulut dari korbannya, Ronald Poppo. Poppo pun merupakan seorang tunawisma.

Namun Eugene ternyata sudah ditembak mati oleh polis Miami setelah dirinya memakan korbannya yang berusia 65 tahun. Polisi juga menangkap seorang tunawisma bernama Brandon deleon yang menggigit tangan aparat keselamatan ketika ditangkap. Selain kedua-dua orang itu, ada pula khabar tentang seorang kanibal asal Kanada yang bernama Luka Magnotta yang ditangkap di Kota Berlin, Jerman.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com