Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

Pelajar Indonesia Cipta Penyegar Udara Daripada Tahi Lembu

Kongsi Di Pesbuk
Dua pelajar Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki memenangi hadiah pertama dalam Projek Sains Olympiad negara hasil ciptaan mereka membuat penyegar udara daripada najis lembu yang mesra alam.



Penyegar udara itu dikatakan mempunyai wangian herba semulajadi dan baik untuk kesihatan manusia kerana penyegar udara ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti produk penyegar udara lain di pasaran.

Pelajar tersebut mengutip tahi lembu dari ladang lembu di Rempit Kabupaten Jawa Timur dan membiarkan tahi lembu itu menapai selama tiga hari. Mereka kemudiannya mengekstrak air dari tahi lembu yang dicampur dengan air kelapa. 

Cecair tersebut disuling untuk mengeluarkan segala kekotoran. Akhirnya produk penyegar udara terhasil daripada cecair dengan aroma herba semulajadi daripada makanan lembu dihadamkan.

Dua pelajar ini akan mewakili Indonesia ke The International Environment Project Olympiad race (INEPO)' di Istanbul'.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com