Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 2 Oktober 2013

Memandu boleh rosakkan ovari?

Kongsi Di Pesbuk
Biar betul , memandu boleh merosakkan ovari? Di Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman Wahabi, salah seorang ulamanya yang terkenal telah mengeluarkan doktrin atau 'fatwa' kononnya wanita yang memandu kenderaan akan merosakkan ovarinya sekaligus menyebabkan wanita berkenaan tidak boleh melahirkan anak.


Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawangsabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com