Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 10 Disember 2013

Perompak Noda Mangsa Walaupun Didatangi Haid !

Kongsi Di Pesbuk


KUANTAN: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat sini.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20 petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan pakaiannya ditanggalkan suspek.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.

Sumber berkata, mangsa yang menyangka rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya. Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com