Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 27 Ogos 2011

Belasah kerana sudu

Kongsi Di Pesbuk GOMBAK: Hanya kerana terlambat memberi sudu, seorang pekerja sebuah restoran di Dataran Selayang, di sini, cedera di mulut, muka dan kepala selepas dipukul seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun sedang bertugas menjaga kaunter apabila tiba-tiba didatangi pelanggan yang memarahinya kerana tidak mendapat sudu.

Menurut sumber, mangsa meminta lelaki terbabit bersabar dengan alasan akan menghantar sudu diminta dan pada masa sama meminta maaf.
“Namun permohonan maaf mangsa tidak diterima, malah lelaki itu terus menghamburkan kata-kata kesat dan menumbuk muka dan kepala mangsa beberapa kali walaupun cuba ditepis,” katanya.

Sumber berkata, berang apabila mangsa cuba melawan, lelaki itu memanggil dua lagi rakan yang turut membawa sebilah parang bersamanya.

“Mereka kemudian memukul mangsa bertubi-tubi. Malah pelanggan lain hanya memandang dan tidak berani campur tangan kerana lelaki itu bersenjata parang.

“Mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada terus dibelasah lelaki terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan lanjut.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com