Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 22 Ogos 2011

CCTV rakam kumpulan perusuh mencuri skuter

Kongsi Di Pesbuk
Seorang perusuh menarik leher penunggang skuter dan terjatuh.

CROYDON, selatan London - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik-detik sekumpulan samseng mencuri sebuah skuter yang ditunggang pemiliknya di sini baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku semasa rusuhan yang melanda London ekoran kematian seorang suspek penjenayah, Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis.
Dalam kejadian itu, pemilik skuter tersebut pada mulanya berunding dengan sekumpulan samseng yang merusuh di sebatang jalan raya.
Pemilik skuter itu kemudian memecut tetapi dia dikejar oleh beberapa perusuh.
Sorang perusuh itu menarik leher pemilik skuter tersebut menyebabkan dia terjatuh.
Dia kemudian diheret oleh seorang perusuh ke tepi jalan manakala seorang perusuh lain melarikan skuter tersebut.
Detik-detik perusuh itu melarikan skuter tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube.

Sumber - http://www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com