Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 7 Jun 2012

Axl Rose berang barang kemas kena curi...!!!

Kongsi Di Pesbuk
AXL ROSE
PARIS: Pencuri melarikan rantai emas dan berlian bernilai kira-kira AS$200,000 (RM600,000) milik anggota utama kumpulan Guns N’ Roses, Axl Rose ketika penyanyi itu mengadakan konsert di bandar raya ini.
Menurut sumber polis, kecurian di bilik persalinan Rose mencetuskan kemarahan penyanyi berusia 50 tahun berkenaan dan polis terpaksa dipanggil untuk mententeramkan keadaan.

Rose mengadakan persembahan tertutup untuk kira-kira 100 orang selepas mengadakan konsert di Stadium Bercy.
Dia adalah satu-satunya anggota asal yang masih membarisi kumpulan rock itu.

Kumpulan berkenaan ditubuhkan pada 1985 dan antara lagu popular mereka ialah ‘November Rain,’ ‘Patience.’ dan ‘Sweet Child o’ Mine.’ Rose dinobatkan sebagai seorang daripada penyanyi rock terbaik sepanjang zaman oleh beberapa media, termasuk majalah Rolling Stone.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com