Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 23 Oktober 2012

Legenda Ahmad Nisfu Dalam Kenangan

Kongsi Di Pesbuk "Walaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pojaaaaan hati ku"..Demikian satu ayat terkenal dlm babak film Seniman bujang lapok yang di ucap kepada 1 watak yang menjadi pengarah
dalam filem ini iaitu Allahyarham Ahmad Nisfu..


Kita sering berbicara mengenai nama-nama terkenal dalam sejarah tanah air lalu terlupa pada beberapa insan yang masih membuat kita ketawa walau mereka telah lama tiada di alam fana ini..

Ahmad Nisfu adalah orang Tanjung Tokong Pulau Pinang..Dan nama Ahmad Nisfu adalah memang nama sebenarnya. Pada zaman dulu Pulau Pinang melahirkan banyak tokoh-tokoh seni seperti Seniman agung Tan Sri P.Ramlee, Pelawak M.Zain, Pelakon Ahmad Daud, ,Nordin Ahmad, Pemuzik Ahmad Nawab dan lain-lain..

Kerana memiliki hidung besar Ahmad Nisfu juga sering di usik dan di beri gelaran Pak Besaq (Besar).
Filem pertama lakonannya adalah Nujum Pak Belalang pada tahun 1959 dan yang terakhir adalah Mat Karung Guni pada 1971.Hubungan baik nya dgn P.Ramlee menjadikan mereka berdua berlakon dalam banyak filem-filem yang lain seperti:-

-Antara Dua Darjat
-Musang Berjanggut
-Pendekar Bujang Lapok
-Seniman Bujang Lapok
-Ibu Mertua ku
-Tiga Abdul
-Nasib Labu Labi.

Apabila zaman filem melayu mula pudar pada tahun 70an dan studio perfileman di Singapura di tutup maka Ahmad Nisfu seperti lain-lain bintang juga mula hidup melarat..

Ahmad Nisfu meninggal dunia dengan sebatang kara dalam kediamannya yang di tumpang di sebuah kubu jepun lama yang di tinggalkan di Jalan Labu, Geylang Singapura..

AL FATIHAH...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com