kita banyak yang tidak mengetahui kandungan yang ada pada makanan yang sering kita makan, padahal banyak sekali makanan yang mempunyai kandungan zat yang berbahaya bagi tubuh dan yang lebih menarik adalah ternyata banyak sekali makanan yang mengandung racun tetapi sering kita makan, di bawah ini adalah antara makanan beracun yang sering kita makan.
.
Tomato
Ramai orang tak tahu bahawa tomato yang hampir setiap hari kita makan rupa-rupanya beracun. Walaupun buahnya tidak beracun namun daun dan ranting buah tomato yang mengandungi glycoalkaloid boleh menyebabkan sakit perut dan penyakit gugup. Glycoalkaloid merupakan racun yang kuat yang selalu digunakan untuk membunuh serangga (selalu digunakan di pasaraya dan hotel).
Epal
Siapa yang tak pernah makan epal, rasanya yang enak dan manis serta berkhasiat. Boleh dimakan mentah atau pun dimasak menjadi pai, namun tahukah anda bahawa epal mengandungi cyanide yang terdapat pada biji epal. Walaupun makan semua biji dalam sebiji epal tidak mematikan tapi ia harus dijauhi kerana memakan biji epal dalam jumlah yang tertentu boleh menyebabkan komplikasi.
Almond
Sama seperti epal, almond juga mengandungi cyanide. Almond ini sangat beracun dan untuk mengeluarkan racun pada almond adalah menggunakan kepanasan yang tepat dalam memproses almond ini. Di sebahagian negara, almond ini dilarang dijual sebelum di proses.
Cili
Cili yang sering kita guna untuk memasak mempunyai racun jenis capsaicin.Capsaicin ini la yang menyebabkan cili berasa pedas. Bahan kimia yang terdapat pada cili sangat kuat sehinggakan boleh menghilangkan kesan cat dan ianya juga digunakan untuk membuat pepper spray yang boleh membutakan mata.
Pufferfish
Merupakan vebrata kedua yang paling beracun didunia. Orang Jepun dan Korea amat gemar memakan ikan ini. Ramai yang tidak mengetahui bawawa hati dari ikan ini adalah yang paling beracun yang dapat mengakibatkan kematian jika termakannya. Racun tersebut dikenali sebagai tetrodotoxin yang boleh menyebabkan darah tinggi, boleh melumpuhkan urat saraf dan menyebabkan sesak nafas yang boleh membawa kematian
0 ulasan: