Mungkin ada yang pernah mendengar nama Vangellia Pandeva.
Namun pastinya ramai yang mengenali peramal hebat ini. Pandeva dilahirkan pada
31 Januari 1911 dan menghabiskan masanya tinggal di Bulgaria hingga beliau
meninggal dunia pada 11 Ogos 1996.
Beliau kehilangan penglihatannya ketika
berumur 12 tahun akibat diterbangkan puting beliung.
Beliau ditemui hidup
dengan pasir pada matanya, sehingga menyebabkan beliau buta. Vanga (nama
timangan beliau) mula membuat ramalan pada usia 16 tahun. Beliau menjadi sangat
terkenal kerana kurniaan ini. Banyak tokoh-tokoh hebat termasuk Hitler mengunjunginya.
Ramalan Vanga yang didakwa paling mengejutkan dan sudah
terbukti adalah :
“Pada penggantian abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk
akan diliputi air, dan seluruh dunia akan menangisnya.” (1980)
Ramalan yang tidak masuk akal pada masa itu. Mulanya ramai
yang tidak mempercayainya hingga akhirnya 20 tahun kemudian, ketika kapal selam
nuklier rusia tenggelam dalam kemalangan pada bulan Ogos 2000. Kapal selam itu
bernama Kursk. Kursk iaitu sebuah Bandar di Rusia (menjadi nama kapal selam
tersebut).
Ramalan yang lain:
“mengerikan, mengerikan! Kembar amerika akan jatuh setelah
diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam belukar (belukar
adalah Bush dalam bahasa inggeris), dan ramai orang tidak berdosa menjadi
mangsa.” (1989)
Terjadi seperti yang diramalkan. Bangunan Pusat Dagangan
Dunia (WTC) di New York runtuh setelah serangan pengganas pada 11 september
2001. WTC Tower itu juga dijuliki ‘kembar’. Para pengganas menggunakan pesawat
‘burung besi’ ke dalam menara. ‘Bush’ jelas berkaitan dengan nama keluarga
presiden AS ketika itu.
Itu adalah 2 ramalan vanga yang benar 100 peratus. Berdasarkan pengamatan ke atas
semua ramalan yang pernah dibuatnya sebelum ini, pihak pengamat mendapati
ramalan Vanga adalah 80 peratus tepat.
Sebagai umat islam kita ditegah mempercayai ramalan ataupun
membuatnya. Namun sekadar member maklumat, inilah semua ramalan yang dibuat
oleh Vanga sebelum kematiannya:
2001 – Disebabkan hujan radioaktif di belahan bumi utara,
tidak ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tinggal.
2014 – Sebahagian besar penduduk di dunia ini akan memiliki
kanser kulit dan penyakit sejenisnya, sebagai kesan pesang kimia.
2016 – Eropah hampir tidak ada yang mendudukinya.
2018 – China menjadi kekuatan dunia baru.
2023 – Orbit Bumi akan berubah sedikit.
2028 – Pengembangan sumber energi baru. Kelaparan perlahan
berhenti menjadi masalah. Dapat mengemudikan pesawat luar angkasa hingga ke
venus.
2033 – Ais di Kutub Utara dan Selatan akan mencair.
2046 – Setiap organ dapat dihasilkan secara besar-besaran.
Pertukaran organ tubuh menjadi kaedah perubatan paling disukai.
2076 – Tidak ada masyarakat secara kelas (komunisme).
2088 – Penyakit baru menular. Orang-orang mula tua dalam
kiraan saat.
2097 – Penyakit tua itu mulai sembuh.
2100 – Manusia membuat matahari yang menerangi sisi gelap
dari planet bumi.
2111 – Orang-orang menjadi robot.
2123 – Perang diantara negara-negara kecil.
2125 – Kelaparan di seluruh dunia (orang-orang akan teringat
vanga semula).
2130 – Koloni di bawah air.
2154 – Haiwan menjadi separuh manusia.
2167 – Agama baru muncul.
2170 – Kekeringan di serata bumi.
2183 – Koloni di marikh menjadi negara nuklier dan meminta
kemerdekaan dari bumi.
2187 – Berjaya menghentikan 2 letusan gunung berapi.
2195 – Koloni laut sepenuhnya dikembangkan, energy dan
makanan berlimpah.
2196 – Asia dan Eropah akan bercantum.
2201 – Proses termonuklier lambat. Suhu menurun.
2221 – Dalam pencarian berhubung makhluk asing, manusia
menemui sesuatu yang mengerikan.
2256 – Kapal angkasa membawa penyakit baru ke dalam bumi.
2262 – Orbit planet mulai berubah secara bertahap.
2271 – Hukum-hukum fizik berubah.
2273 – Bercampurnya kaum kuning, putih dan hitam. Bangsa
baru muncul.
2279 – Tenaga akan diperolehi tanpa apa-apa (mungkin dari
vakum atau lubang hitam).
2288 – Berjaya hasilkan mesin masa dan berhubung dengan
makhluk asing.
2291 – Matahari menyejuk. Usaha dilakukan untuk
menyalakannya lagi.
2296 – Perubahan daya gravity.
2302 – Mesteri
tentang alam semesta yang terungkap.
2341 – Sesuatu yang mengerikan mendekati bumi dari ruang
angkasa.
2354 – Kekeringan melanda bumi.
2371 – Kelaparan di mana-mana.
2378 – Bangsa baru berkembang dengan pantas.
2480 – Dua matahari akan meletup. Bumi berada dalam
kegelapan.
3005 – Perang di marikh. Lintasan planet perubahan.
3010 – Komet melanggar bulan. Bumi dilitupi debu dan batu.
3797 – Pada saat itu di bumi membunuh semua kehidupan,
tetapi manusia akan dapat meletakkan dasar dasar bagi kehidupan baru di system
bintang lain.
3803 – Sebuah planet baru dihuni oleh sedikit orang. Iklim
planet baru mempengaruhi organisme orang, mereka bermutasi.
3805 – Perang antara manusia memperebutkan sumber tenaga.
3815 – Perang tamat.
3854 – Perkembangan peradaban hamper berhenti.
4302 – Bandar-bandar baru muncul di dunia. Pengembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi baru.
4302 – Perkmbangan ilmu pengetahuan. Para saintis menemui
dalam keseluruhan kesan dari semua
penyakit dalam perilaku organisme.
4304 – Cara untuk mengubati semua penyakit ditemui.
4308 – Kerana mutasi, akhirnyaorang mulai menggunakan otak
mereka lebih dari 43%. Benar-benar kehilangan pemahaman tentang kejahatan dan
kebencian.
4509 – Memahami Tuhan.
4599 – Orang-orang mencapai keabdian.
4674 – Perkembangan peradaban telah mencapai puncaknya.
Jumlah orang yang hidup di planet yang berbeza adalah 340 billion. Asimilasi
dimulakan oleh makhluk asing.
5076 – Sebuah batas alam semesta. Dengan itu, tidak ada yang
tahu.
5078 – Keputusan untuk meninggalkan batas-batas alam
semesta. Sementara ada sekitar 40% dari populasi yang menentangnya.
5079 – Dunia berakhir. Kiamat??
Jika diperhatikan secara terperinci, segala ramalan ini
dibuat mungkin berdasarkan logic, tetapi ada juga yang mengarutnya. Namun
berita baiknya, kiamat tidak terjadi di tahun 2012 mengikut ramalan ini. Jadi
semuanya terpulang kepada diri kita masing-masing. Kitalah yang memutuskan
untuk mempercayainya atau tidak
0 ulasan: