Tanpa sengaja kadang-kala seseorang menelan ubat
gigi ketika menggosok gigi. Tapi sebaiknya hal ini tidak menjadi suatu
kebiasaan, kerana menelan ubat gigi berflourida boleh menimbulkan kesan samping.
Ubat gigi umumnya mengandung berbagai kandunga
seperti detergen, bahan kimia agar kesat dan gigi bersih, pewarna, kalsium dan
juga perasa. Serta beberapa ubat gigi kini mengandung flourida. Bahan ini
umumnya tidak baik jika terlalu sering tertelan dan jumlahnya berlebihan dalam
tubuh.
Beberapa anak kadang-kala menikmati rasa dari pubat
gigi. Namun harus diketahui bahwa terlalu banyak menelan flourida dari ubat
gigi berpotensi menyebabkan kesan kekal di gigi yang dikenali dengan fluorosis.
Fluorosis ini akan menyebabkan berbagai kesan
yang berbeza pada gigi seperti garis-garis kuning, coklat atau bintik. Anak-anak
berusia 1-4 tahun sering terkena kondisi ini, kerana umumnya mereka menelan
ubat gigi yang digunakannya.
Pada kes yang lebih serius bolh menyebabkan
bintik hitam dan kelabu bahkan hingga lubang. Kesan akibat fluorosis ini umumnya
akan terus ada selama hidup seseorang.
Selain itu jumlah flourida dalam tubuh yang
terlalu banyak boleh menyebabkan terjadinya keracunan dan jika terus menerus boleh
menyebabkan kerosakan organ tubuh. Selain flourida bahan lain di dalam ubat
gigi yang boleh menyebabkan keracunan adalah triclosan.
Menelan sejumlah besar ubat gigi secara
teratur boleh menyebabkan nyeri lambung dan kemungkinan mengakibatkan penyumbatan
usus. Sementara itu gejala tambahan lain yang boleh terjadi adalah:
Kejang-kejang
Diare
Kesulitan bernafas
Terasa masin atau seperti sabun di mulut
Degupan jantung yang melambat
Gemetar dan mengalami shock
Mual dan muntah
Tiba-tiba merasa kelemahan
Untuk itu sebaiknya hentikan kebiasaan suka
menelan ubat gigi meskipun rasanya enak untuk menghindari penompokan flourida
yang berbahaya, dan gunakan ubat gigi yang mengandung bahan selamat.
0 ulasan: