Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 13 Oktober 2011

Kena tembak pasal hutang...!!!

Kongsi Di Pesbuk
PETUGAS hospital mengusung Mohd. Anuar yang parah selepas
 ditembak di pinggang dalam kejadian di Rantau Panjang, Kelantan kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang lelaki sempat menunggang motosikal sejauh 500 meter untuk meminta bantuan isterinya selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan oleh rakannya sendiri sebaik bertengkar mengenai hutang kelmarin.

Kejadian pukul 9.30 malam di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang dekat sini itu menyebabkan Mohd. Anuar Mohd. Noor, 31, kritikal selepas terkena tembakan di pinggangnya. Dia kini sedang bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di Taman Wahyu telah membawa anak lelakinya, Mohd. Ifni Hamka, 6, dengan menunggang sebuah motosikal ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk berjumpa dua rakannya.

Sebaik berjumpa, salah seorang lelaki itu terus mengeluarkan sepucuk pistol selepas bertengkar lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. Anak mangsa tidak cedera.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com