Dunia Realiti- Satu kajian telah menemui satu fakta yang perlu kita ambil tahu..mereka yang terlalu banyak masa lapang dan rehat sangat berisiko mendapat stress..betul kah ni?
Seperti yang dilaporkan Dailymail, kajian mengenai perkara ini dilakukan oleh para pengkaji dari Incinnati University di Ohio dan Baylor University di Texas, Amerika Serikat. Cara kajian ini dijalankan adalah dengan menemubual sejumlah 1,329 remaja mengenai jumlah masa lapang yang mereka ada dan kebahagian yang mereka perolehi.
Mereka yang memiliki sedikit waktu lapang memang didapati kebanyakkannya tidak merasa bahagia. Tetapi, banyak pula dari mereka yang memiliki waktu lapang juga merasakan dirinya tidak bahagia. Sebenarnya, apa yang membuat korang lebih sengsara, terlalu banyak atau sedikit masa lapang? Dan, untuk bahagia, kita harus berada di tengah-tengah...tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit...
Tidak dinafikan, jumlah masa yang kita peruntukkan untuk keluarga dan rakan-rakan mempengaruhi emosi kita, bukan sahaja menikmati kebahagiaan tetapi mengurangi kesan negatif dengan wujudnya tekanan dalam hidup..
P/s: Terlalu banyak masa free pun stress juga kadang-kadang..
0 ulasan: