Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 27 Disember 2011

Sumpahan Pokok Akasia..!!!

Kongsi Di Pesbuk




ANGGOTA-ANGGOTA pasukan penyelamat memeriksa mayat Yong Wee yang maut selepas dihempap dahan pokok yang patah dalam kejadian di Jalan Ayer Salak, Bukit Rambai, Melaka semalam.



MELAKA – Seorang bapa yang nyaris maut dihempap dahan sebatang pokok jenis akasia 10 tahun lalu terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anak lelakinya apabila juruteknik pendingin hawa itu mati dihempap dahan pokok yang sama selepas ia patah di Jalan Ayer Salak di sini semalam.
Tan Yee Meng, 63, tidak menyangka yang anaknya, Tan Yong Wee, 21, menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, Bukit Rambai di sini untuk menemui abang mangsa di Tanjung Minyak pada pukul 10.45 pagi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.
Menurut Yee Meng, dia tidak menyangka tragedi yang menimpanya 10 tahun lalu berulang kembali tetapi kali ini lebih teruk hingga mengakibatkan nyawa anaknya melayang.
“Sepuluh tahun lalu saya hanya mengalami cedera ringan setelah terjatuh dari motosikal ketika mengelak dahan pokok yang patah.
“Sungguh tidak sangka dahan pokok yang sama pula menimpa Yong Wee,” rintihnya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu.
Sementara itu, saksi kejadian, Lim Kang Sui, 53, berkata, dia yang berada kira-kira 100 meter di belakang mangsa nampak bagaimana Yong Wee terjatuh dan diseret motosikalnya sendiri selepas dihempap dahan pokok tersebut.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com