JOHOR BAHRU – Penduduk Islam di Taman Desa Jaya, dekat sini, gempar apabila sembilan kepala babi ditemui di luar pintu Masjid Al Falah, di sini, dalam dua kejadian berasingan.
Dalam kejadian pertama, empat kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui oleh beberapa penduduk di pintu bahagian tepi masjid ketika datang ke rumah ibadat itu untuk membersihkan kawasan sekitarnya, jam 5 petang kelmarin.
Susulan penemuan, jawatankuasa masjid membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Belum pun reda dengan kejadian pertama, jemaah masjid dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan itu diletakkan di pintu pagar hadapan masjid kira-kira jam 5.10, pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Falah, Kasim Darim, 62, berkata, pengurusan masjid kesal dengan tindakan kumpulan atau individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan itu.
Beliau berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.
“Sebelum ini, pihak kami (masjid) tidak mempunyai masalah dengan masyarakat setempat dan saya tidak menuduh sesiapa yang melakukan perkara ini.
“Namun bagi kami, jika ada masalah, kita boleh berunding tanpa perlu membuat perkara seperti ini. Saya kecewa dengan sikap kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kassim berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.
Sementara itu, Biro Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jaya, Mohd Khairi Abdul Latip menyifatkan perbuatan itu menggugat keharmonian masyarakat setempat.
“Perbuatan ini boleh dianggap sangat biadab kerana tidak menghormati masyarakat di sini.
“Kami berharap agar pihak polis dapat menyiasat dan mencari dalang yang melakukan perbuatan yang menghina agama ini,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

0 ulasan: