Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 6 Januari 2014

Lelaki China Nyaris Maut Tak Sedar Tertembak Paku Di Kepala Sendiri

Kongsi Di Pesbuk

CHINA – Seorang lelaki nyaris maut selepas secara tidak sengaja melepaskan tembakan paku berukuran tiga inci ke kepalanya, tanpa dia sendiri menyedari mengenai keadaan berkenaan.

Lelaki itu, Yang Yi Kui, 55, yang berasal dari Jiangsu, kini mendapat rawatan di hospital selepas doktor berjaya membuang paku tersebut.

Apa yang mengejutkan, Yi Kui tidak menyedari langsung bahawa paku itu terlekat di kepalanya sebaliknya dia menyangka mengalami kecederaan ringan kerana hanya terdapat lubang kecil di kepalanya.


Hanya selepas doktor membuat imbasan X-ray barulah mereka melihat ada paku di tengkoraknya menyebabkan pembedahan dijalankan dengan segera.
Mereka berjaya mengeluarkan paku berkenaan tanpa menyebabkan kerosakan kepada otak dan mata Yi Kui.

Meskipun pembedahan itu adalah berisiko tinggi, namun ia perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.

Yi Kui kini berada dalam keadaan stabil di hospital.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com