DUA anggota polis mengheret tangan seorang aktivis pergerakan FEMEN yang tidak memakai baju di Kiev, Ukraine kelmarin. |
KIEV, Ukraine - Beberapa wanita mendedahkan payu dara mereka dalam tunjuk perasaan yang diadakan di sini kelmarin.
Para wanita itu merupakan aktivis pergerakan FEMEN yang membela hak asasi golongan tersebut.
Namun, dalam tunjuk perasaan yang diadakan itu, mereka membantah satu mesyuarat parti pembangkang dengan menyatakan anggota-anggotanya hadir selepas dijanjikan wang oleh pihak penganjur.
Polis bertindak menangkap para aktivis itu dengan mengheret beberapa orang daripada mereka.
Dalam tunjuk perasaan itu, para aktivis tersebut memakai seluar jean pendek.
Beberapa wanita separuh bogel itu juga berbalah dengan beberapa anggota parti pembangkang.
Seorang aktivis wanita FEMEN turut merampas bendera parti pembangkang yang dipegang oleh seorang wanita emas
0 ulasan: