Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

Bunuh ketika mabuk arak...!!!

Kongsi Di Pesbuk 
ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati
 selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.

HULU SELANGOR – Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.

Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com