Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 19 Oktober 2011

Gegendang telinga pecah dibelasah..!!!

Kongsi Di Pesbuk
AFENDI menunjukkan kecederaan pada dahi anaknya, Sheikh Abdul Hifzuldeen di Johor Bahru semalam.




JOHOR BAHRU – Seorang lelaki menghadapi detik cemas selama sejam apabila dipukul dan dikurung selepas dilarikan sekumpulan lelaki hingga menyebabkan dia cedera termasuk gegendang telinganya pecah.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam 30 September lalu, mangsa dan seorang rakan sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Taman Universiti, Skudai di sini.
Mangsa, Sheikh Abdul Hifzuldeen Afendi, 21, mendakwa, dia dan rakannya kemudian dihalang oleh sebuah kereta Toyota Corolla yang dinaiki lima lelaki.

“Empat lelaki keluar dari kereta dan memukul kami.
“Selepas itu, mereka (suspek) tarik saya masuk ke dalam kereta dan membawa saya ke sebuah padang di masjid Taman Sri Skudai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com