Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 2 Mei 2013

Belah perut anjing cari jari

Kongsi Di Pesbuk


Bradenton (Florida): Kerana marah selepas anaknya kehilangan jari akibat digigit anjing peliharaan keluarga, seorang bapa menembak haiwan berkenaan berkali-kali sebelum membelah perut anjing itu untuk mengeluarkan jari anaknya.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada doktor berjaya menyambung semula jari kanak-kanak itu.


Syerif di wilayah Manatee berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu apabila kanak-kanak berusia 11 tahun itu menghulurkan tangannya ke dalam kandang anjing berkenaan.

Anjing itu menggigit jari kelengkengnya. Kejadian itu turut menyebabkan lengan kanak-kanak itu patah. Syerif berkata, bapa kanak-kanak itu menembak anjing berkenaan dan mengeluarkan jari anaknya dari perut haiwan itu sementara menunggu ketibaan ambulans. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com