Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 26 Mei 2013

Budak tertikam gunting di kepala masih serius

Kongsi Di Pesbuk
Miri: Kanak-kanak malang yang tertikam gunting di kepala oleh ibunya sendiri dalam kejadian di sini pagi kelmarin perlu ditahan sekurang-kurangnya seminggu lagi di Hospital Miri berikutan kecederaan di kepalanya yang agak serius.


Mengesahkan perkara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, kanak-kanak berusia dua tahun yang menerima empat jahitan di kepala itu bagaimanapun dalam keadaan stabil, namun memerlukan rawatan lanjut.

Beliau berkata, mangsa akan dibenarkan pulang hanya selepas luka di kepala itu sembuh dan jahitan luka sudah dibersihkan.
"Ketika ini keadaannya stabil dan masih dalam perhatian doktor yang merawatnya," katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, wanita yang mencederakan anaknya itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan suaminya berhubung kes berkenaan dan tidak menolak pergaduhan tercetus akibat kecurangan si suami.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com