Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 26 Mei 2013

Padah Menggunakan Produk Perangsang Haram...

Kongsi Di Pesbuk
Kuala Lumpur: “Saya amat menyesal. Kini, kehidupan rumah tangga saya tidak sebahagia dulu lebih-lebih lagi apabila saya gagal menunaikan kewajipan sebagai seorang suami.
“Mujur, isteri masih lagi menyayangi saya, bersabar dan setia bersama saya. Dia jugalah yang mencari doktor dan pelbagai cara lain bagi menjadikan saya kembali sebagai seorang suami sejati,” luah Arif, 33.
Arif, salah seorang daripada ribuan lelaki di negara ini yang berdepan masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin kesan penggunaan produk perangsang seks yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).



Menurut Arif, pada mulanya dia menggunakan produk berkenaan dengan tujuan untuk kekal lama ketika bersama isterinya.
Foto

“Saya menggunakan produk terbabit sejak tiga tahun lalu. Memang tidak dinafikan ketika mula menggunakannya, saya dapat bertahan lama dan isteri juga puas apabila saya tidak lagi kecundang awal. Namun, lama-kelamaan, kelakian saya semakin hilang dan produk itu tidak lagi berkesan kepada saya. Sejak itu, saya mula risau dan cuba mendapatkan pandangan kawan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com