Penyelidik yang berasal dari England mengaku telah menghasilkan sejenis virus komputer pintar. Dimana virus ini boleh tersebar dan berjangkit seperti penyakit hanya melalui perantara udara.
Seperti yang dilaporkan oleh laman sesawang Cnet pada 27/2, virus yang dibuat oleh penyelidik dari University of Liverpool ini disebut sebagai Chameleon dan boleh tersebar dengan melekat pada titik akses rangkaian seperti WiFi.
Dengan begitu, penyebarannya juga boleh melalui udara, dan bukannya seperti kebanyakan virus yang sedia ada.
“Sambungan WiDi merupakan sasaran bagi hacker komputer kerana keamanannya tidak dilindungi, sehingga sukar untuk mengesan virus, ” kata penyelidik Alan Marshall.
Penyelidik ini kemudiannya telah menguji Virus tersebut pada rangkaian WiFi di bandar Belfast dan London. Hasilnya, memang benar Chameleon boleh tersebar hanya dengan melekat ke satu titik WiFi ke titik WiFi lain dan ianya tetap tidak boleh dikesan oleh mana-mana anti-virus.
” Saat Chameleon menyerang titik akses, prestasi dari titik tersebut tidak akan terganggu, namun data dan laporan penting di sana akan hilang dicuri, ” tambah beliau dalam kenyataannya pada minggu lepas yang lalu.
1 ulasan:
ish mcm bhye je bnyi dy ni..