PESAWAT YANG TERHEMPAS |
Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilang
Keluarga Mangsa di Beijing berang 'tiada maklumat terkini'
Suasana kekecewaan semakin meningkat di kalangan ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370 yang berkumpul di Beijing kerana mengadu mereka tidak mendapat maklumat perkembangan terkini.
AFP melapor kan keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat yang hilang itu, berkumpul di sebuah hotel di Beijing dan ada yang berang kerana tidak dikemaskini maklumat mengenainya.
"Mereka sepatutnya memberitahu kita sesuatu sebelum ini," kata seorang lelaki dari bandar di utama China, Tianjin yang dipetik oleh agensi perkhidmatan berita.
"Kami tidak diberitahu apa-apa tentang perkara ini. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mengeluarkan apa-apa maklumat," kata seorang lelaki yang lain yang berusia 20-an , yang dilihat memujuk ibunya, AFP melaporkan.
Majoriti 239 penumpang penerbangan ini - 153 daripada mereka - adalah warga China dan Taiwan, manakala jumlah kedua terbesar adalah rakyat Malaysia seramai 38 orang.
MAS: Pasukan kami berlepas ke Beijing
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan petang ini berkata satu pasukan bertolak ke Bejing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga penumpang terbabit.
"Kami telah menggerakkan 'Go Team' kami ke Beijing, yang berlepas jam 4.30 petang dengan pasukan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang," katanya.
Manakala keluarga penumpang penerbangan MH370 yang berkumpul di KLIA telah diminta untuk bersiap sedia dengan pasport masing-masing.
Malaysia Airlines mengadakan satu sidang akhbar setiap dua jam di sebuah hotel berhampiran KLIA.
Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.40 pagi ini, menuju ke Beijing.
Media tempatan di Vietnam melaporkan pesawat itu terhempas di luar pantai tetapi pihak berkuasa Malaysia masih cuba untuk mengesahkan maklumat tersebut.
Malaysia Airlines berkata sehingga jam 4.20 hari ini, lokasi tepat pesawat itu masih tidak diketahui.
Pihak berkuasa di Malaysia, China, Vietnam, Singapura, Filipina dan Indonesia turut bersama membantu usaha mencari dan menyelamat.
Waris penumpang MH370 diminta bersedia
Waris penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, telah diberitahu pada jam 1.30 tengahari tadi supaya bersedia untuk diterbang ke lokasi yang tidak dinyatakan.
"MAS kata kami perlu bersedia untuk dihantar (di sana)... pada pukul 6 petang hari ini," kata seorang waris seseorang penumpang pesawat itu kepada pemberita.
Difahamkan, antara lain, waris penumpang telah diminta bersedia pasport mereka.
Seorang lelaki itu yang enggan dikenali, yang bercakap kepada media di luar kawasan yang menempatkan waris penumpang, berkata MAS akan membawa dua waris bagi setiap penumpang dengan pesawat MH307.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ke mana mereka akan diterbangkan.
MAS telah dihubungi tetapi ia masih belum mengesahkannya.
Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.
Tentera laut Vietnam mendakwa pesawat itu terhempas di perairan mereka, tetapi kerajaan Malaysia masih berusaha untuk mengesahkan ini.
2.30pm- kemaskini....Kenyataan dan tindakan dari kerajaan malaysia....
Kerajaan sedang hubungi pihak tentera laut Vietnam bagi mengesah laporan pesawat #MH370Hilang terhempas di kawasan negeri itu - Hishamuddin
Harian Metro @hmetromy 3 min
HISHAMMUDDIN Hussein nafi penemuan sebarang serpihan atau bukti pesawat #MH370 terhempas dekat perairan Vietnam, Thailand atau Malaysia
Gambar yang belum dapat disahkan lagi... |
PESAWAT MAS MH370 YANG DILAPORKAN HILANG DARI KUALA LUMPUR KE BEIJING DI SAHKAN TERHEMPAS KE LAUT CHINA SELATAN
KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.
Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.
Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.
Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.
Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.
Gerakan mencari pesawat #MH370 ditumpu di lokasi terakhir dikesan di Laut China Selatan dan sempadan Vietnam: CEO MAS
KEMASKINI 12.20PM :
38 warga Malaysia berada di dalam pesawat MAS yang hilang
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang membawa 227 penumpang dari 14 negara yang berbeza.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:
China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang
Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.
“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.
“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.
Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Laporan pesawat hilang mendarat cemas tidak benar, hanya spekulasi: CEO MAS
Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata
laporan mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini sudah mendarat cemas di Nanning adalah tidak betul dan hanya spekulasi.
Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi. Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar flightradar24.com,
Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini.
Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini.
Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.
"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya.
0 ulasan: