Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 19 Mac 2014

Kaum Sintinel Paling Berbahaya Tinggal di Pulau Paling Terpencil Didunia.

Kongsi Di Pesbuk

Di era zaman sekarang sukar dipercayai bahawa masih ada orang - orang di dunia yang tidak menggunakan telefon bimbit dan internet . Mereka adalah suku Sentinel , suku yang benar - benar menolak segala kemajuan dari dunia luar .

Suku Sentinel menduduki sebuah pulau di bahagian kepulauan Andaman dan Nicobar , Teluk Bengal , sempadan negara Myanmar dan Indonesia . Kemungkinan mereka adalah suku keturunan Afrika yang telah mendiami pulau kecil tersebut semenjak 60 ribu tahun yang lalu . Dianggarkan ada 40 - 500 orang di dalam suku Sentinel .





 Manusia  baru mula menyedari kehadiran suku Sentinel ketika bencana tsunami 2004 menyerang sebahagian wilayah selatan Asia . Para pasukan sukarelawan berusaha membantu menyalurkan makanan kepada mereka . Namun bukannya mendapat sambutan hangat , helikopter para sukarelawan tersebut terus  dihujani oleh anak panah .

Tidak banyak yang diketahui tentang suku ini . Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa asing yang tidak boleh difahami oleh manusia lain . Mereka lebih suka hidup tersembunyi di balik hutan tebal . Dianggarkan mereka bertahan hidup dengan memburu haiwan di sekitarnya mahupun mengumpulkan ubi dan buah - buahan .



Pulau ini berada di bawah kekuasaan negara India . Namun setelah beberapa usaha untuk mendekati mereka gagal , kerajaan India akhirnya menyerah . Tentera Laut India kemudian ditugaskan berjaga sekitar 3 batu dari pulau untuk melarang pelancong dan nelayan masuk ke wilayah ini .



Selain itu , muncul pelbagai khabar angin - khabar angin menakutkan dari suku ini . Di tahun 1896 , seorang banduan melarikan diri dan masuk ke dalam pulau ini . Namun beberapa hari kemudian , pasukan pencari mencari jenazahnya di tepi pantai dalam keadaan tertusuk panah di tengkoraknya .



Tidak peduli apakah anda bermaksud baik atau sampai di pulau kerana terdampar , suku Sentinel akan menyambut dengan panah  . Hanya sekali sambutan baik diberikan iaitu terhadap 28 orang yang nekad ke sana pada 4 Januari 1991 . Mereka adalah rombongan antropologis T.N. Pandit berasal dari India yang mengaku terkejut dengan sambutan mesra itu .

Selepas itu tidak banyak lagi berita yang muncul tentang suku ini . Terakhir pada 2006 lalu ada 2 orang nelayan ditemui mati terbunuh ketika memancing di kawasan pulau Sentinel .



Sumber

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com